Monday, July 19, 2010

TeRiM KaSiH wAhAi sAhAbT2xkU.....

Salam perjuangan buat semua pembaca setia blog Gombak, Alhamdulillah, dengan izin Yang Maha Esa maka kami PEPIAS cawangan Gombak telah selamat mengadakan Majlis Hi-Tea & Ramah Mesra Bersama Pemimpin Gombak Di Dewan Anggerik Sri Siantan, Selayang.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang hadir, terutamanya kepada tetamu jemputan; Pengarah YATIM, Encik Salahuddin dan Penghulu Mukim Batu, Gombak Saudara Zamani. Tidak dilupakan barisan penggerak program (Fawwaz, Hafiz, Asyraf, Juhairiah, Afiqah, Syifa, Jannah, Yusra, Nadhirah) serta para peserta yang sudi hadir (syafiq, Salbiah, Mastura, Rabiah, Atirah, Normawiyah, Noraznira, afif, etc). Juga kepada mantan yang turut hadir, a.Razman, K.Nana, K.Deel dan K.Ana, terima kasih kerana sudi memeriahkan lagi majlis kami ini.

Kepada sahabat2x yang hadir dan tidak hadir, sesungguhnya hanya yang benar-benar ingin berjuang akan benar-benar menjadi penggerak da'wah yang kental jiwanya menongkah onak duri yang sentiasa silih berganti menghiasi laman hidup ini. Mari bersama-sama berganding bahu menjalankan tanggungjawab kita sebagai khalifah, hamba dan daie di muka bumi ini. Moga segala urusan kita akan dipermudahkan dan diberkahiNya selalu...Ameen...:-)