Wednesday, February 23, 2011

Assalamualaikum.
USRAH GABUNGAN PEPIAS GOMBAK
Tarikh : 24 Februari 2011
Tempat : EDU LR 6 & 7
Masa : 6.30ptg 10.30 mlm
Tajuk : Bahaya Syiah
(talk bermula 8.15 mlm)

* If we value the pursuit of knowledge, we must be free to follow
wherever that search may lead us (^,^)

Monday, February 14, 2011

Marilah kita banyakkan berselawat...

Rasulullah SAW telah bersabda (maksudnya) bahawa :
"Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail (astws) telah berkata
kepadaku :

Berkata Jibril AS - "Wahai Rasulullah SAW, barang siapa yang membaca
selawat keatasmu setiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan aku
bimbing tangannya dan membawanya melintasi titian seperti kilat
menyambar".

Berkata Mikail AS - "Mereka yang berselawat keatas mu, akan aku
memberi mereka minum dari telaga mu"

Berkata Israfil AS - "Mereka yang berselawat keatas mu, akan aku
sujud kepada Allah SWT dan aku tidak akan mengangkat kepalaku
sehingga Allah SWT mengampuni orang itu"

Berkata Izrail AS - "Bagi mereka yang berselawat keatasmu, akan aku
cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut
ruh para anbia.

Ada Ulama Sufi yang mengatakan bahawa Iblis dan Syaitan pun
berzikir. Dalilnya ialah semasa mereka nak menyesatkan Anak Adam
mereka meminta izin Allah s.w.t "
Iblis berkata: Demi kekuasaanMu, aku akan menyesatkan mereka
semuanya, Kecuali hamba-hambaMu di antara zuriat-zuriat Adam itu
yang dibersihkan dari sebarang kederhakaan dan penyelewengan. "
(Surah Sod 38, ayat 82-83)

Permintaan diatas ternyata yang Iblis pun meminta izin dari Allah
dan mereka pun takutkan Allah...tetapi kerana kesombongan mereka
pada Nabi Adam a.s mereka berdendam dan hasad sehingga hari kiamat.
Oleh kerana kesombongan mereka, Allah melaknati mereka kerena ingkar
dengan perintahNya untuk bersujud pada Nabi Adam a.s. (baca sejarah
Nabi Adam dan Iblis)

Sebab itulah umat manusia disuruh banyak berselawat keatas Baginda
Khatamul Anbiya yang mendatangkan Rahmat Seluruh Alam
(Rahmatalil' Alamin) supaya meraih kebahagiaan, kesentosaan dan
ketenangan yang datang cari cahaya Rasulullah s.a.w.

Dan dengan Selawat yang ikhlas dan banyak juga boleh menundukkan
kesombongan kita yang Zahir atau Batin, menghilangkan kedukacitaan,
menjauhkan dari penyakit-penyakit hati (Sifat Mazmumah) dan yang
penting sekali iaitu mendatangkan Kasih dan Redha Allah s.w.t
"Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi; wahai
orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta
ucapkanlah salam dengan penghormatan yang sepenuhnya." (Surah 33; Al-
Ahzab, Ayat 56)

Mesyuarat Pimpinan Pepias Gombak 3

Assalamualaikum...

Mesyuarat Pimpinan Pepias Gombak

Tarikh: 15/2/2011
Tempat: edu LR 17 (tingkat 2)
Masa: 9-10.30malam

Semua pimpinan sila sedia dgn progress masing2 dan masalah semasa, agar kita boleh menyelesaikan masalah bersama-sama (^,^)

Maulidur rasul

Bulan Rabiulawal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah.

Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah saw telah mengekalkan nama Rabiulawal ini sehinggalah sekarang

Peristiwa-Peristiwa Penting Bulan Rabiul Awal

Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabiulawal ini dan diantaranya ialah;

  1. Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9 Rabiul Awwal tahun Gajah. Perbezaan pendapat ini akan disentuh lebih lanjut di bahagian Maulidur Rasul.
  2. Perlantikan Nabi menjadi Rasul. Dibulan Rabiulawal inilah Nabi saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.
  3. Hijrah Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.
  4. Peperangan Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.
  5. Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.
  6. Abu Bakar ra. menjadi khalifah Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai'ah saidina Abu Bakar ra di Dewan Bani Sa'idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah saw yang diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw.
  7. Pembukaan Iraq Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra.
  8. Pembukaan Baitul Muqaddis Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.
  9. Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut.

~acknowledgment~
al-azim.com

Friday, November 5, 2010

sekitar Mini Muktamar Gombak '10

Barisan Baru Pimpinan PEPIAS Cawangan Gombak '10

Para Pencatat dan juga penjaga masa yang setia menjalankan tugas masing2x..:-)


Perwakilan pemerhati Muslimat....

Perwakilan pemerhati muslimin....dan muslimat....



Tuesday, October 26, 2010

Mini Muktamar Gombak 09/10

Salam Perkenalan buat semua pembaca baru blog PEPIAS Cawangan Gombak, juga buat pembaca setia yang senantiasa mengikuti perkembangan Pepias Gombak, kami ingin memaklumkan bahawa mini muktama PEPIAS Gombak telah diadakan pada 23 Oktober 2010 di EDU LT4, dan ramai jemputan telah menghadirkan diri..terima kasih yang tidak terhingga kerana sudi sampai jua di bumi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ini...diharapkan untuk hadir lagi di lain masa.

Pimpinan Baru PEPIAS Cawangan Gombak sesi 09/10
disahkan di mini muktamar PEPIAS Gombak

Pengerusi Perhubungan
Ahmad Fawwaz Bin Ahmad Shukri, 019-6074700, blister_exists75@yahoo.com

Timbalan Pengerusi Perhubungan
Muhammad Hafiz Bin Ahmad Termizi, 013-2026587, afizocampo89@yahoo.com

Setiausaha
Muhammad Asyraf Bin Abdu Hadi, 019-3654539, chimaeras_89@yahoo.com

Penolong Setiausaha
Nurul 'Izzati Binti Razali, 013-3428734/012-3470456, NIZZATICIKULIE_87@YAHOO.COM

Bendahari
Nurunandhirah Bt Abdul Hasib, 017-6586673, nad_hasib_88@yahoo.com

Penolong Bendahari
Siti Syifa Sumali, 013-6281723/ 014-2214993, sitisyifa88@yahoo.com.my

Ketua HELWANI
Yusra Bt. Ahmad, 013-3921617, yusra_thailand@yahoo.com

Penolong Ketua HELWANI
Nur Afiqah Binti Tajuddin, 013-2506486, fiqah88@yahoo.com.my

Ketua Biro Da'wah & Tarbiah
Mohd Lokman Bin Faivdullah, 013-3256880, lokman_0277@yahoo.com

Ketua Biro Latihan & Kepimpinan
Noorainon Jariyah Bt. Afi, 013-2275039 ,eye_aisyma@yahoo.com

Ketua Biro Pembangunan Sosial
Mohd Dinie Shazwan Bin Ab. Syukor, 013-2829395/ 017-2564728, dinie.dato@yahoo.com

Ketua Biro Perhubungan & Informasi
Nurul Jannah Bt. Mohd Johari, 012-5104055, nurul_may87@yahoo.com

Ketua Biro Dana & Kewangan
Nor mawiyah Bt. Suparman, 013-2167375, norma0410@yahoo.com

Ketua Biro Sukan & Rekreasi
Nurul Hasanah Pohan Bt Tarmizi, 013-2708262, sern_thoiathoing@yahoo.com

Saturday, August 14, 2010

Iftar Kubro Pepias Gombak

Salam Ibadah...

Insya Allah pada hari Khamis 19hb Ogos bersamaan 09 Ramadhan,
akan diadakan Iftor Kubrobersama mantan pimpinan Pepias Gombak, Abang azali & semua batch Pepias Gombak bertempat di Edu LR 6.
Makanan disediakan...:-)

Agendanya adalah seperti berikut:-
6.00 ptg - Bacaan Mathurat & sedikit tazkirah
7.15 mlm - Iftar & Solat Maghrib berjemaah
8.00 mlm - Sesi bersama dengan Abang Azali
8.45 mlm - Solat Isyak & Terawih berjemaah

Setiap kehadiran bolehlah dimaklumkan kepada wakil setiap batch atau terus kepada p.i.c program, Saudari Ainun Jariyah di talian 013-2275039.
Jom same2x meriahkan majlis ukhuwah kite...(@_@)

Friday, August 13, 2010

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan


This month of Ramadhan,
hopefully it will be better than the previous one. So, what's is your goal dear friends? ask your heart, it will answer to your question...

We, in Gombak would love to express our gratitude and appreciation to the arrival of this holy month. It is a great opportunity to us fellow Muslims to perform 'Ibadah and other good deeds as it will be granted with glorious reward by Allah.

Lets compete, and lets count our reward everyday...
And how much do you think we will get just in one day?,
how about a week, a month?
maybe our dear mathematicians can count it for us.....

RAMADHAN KAREEM...:-)

Monday, July 19, 2010

TeRiM KaSiH wAhAi sAhAbT2xkU.....

Salam perjuangan buat semua pembaca setia blog Gombak, Alhamdulillah, dengan izin Yang Maha Esa maka kami PEPIAS cawangan Gombak telah selamat mengadakan Majlis Hi-Tea & Ramah Mesra Bersama Pemimpin Gombak Di Dewan Anggerik Sri Siantan, Selayang.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang hadir, terutamanya kepada tetamu jemputan; Pengarah YATIM, Encik Salahuddin dan Penghulu Mukim Batu, Gombak Saudara Zamani. Tidak dilupakan barisan penggerak program (Fawwaz, Hafiz, Asyraf, Juhairiah, Afiqah, Syifa, Jannah, Yusra, Nadhirah) serta para peserta yang sudi hadir (syafiq, Salbiah, Mastura, Rabiah, Atirah, Normawiyah, Noraznira, afif, etc). Juga kepada mantan yang turut hadir, a.Razman, K.Nana, K.Deel dan K.Ana, terima kasih kerana sudi memeriahkan lagi majlis kami ini.

Kepada sahabat2x yang hadir dan tidak hadir, sesungguhnya hanya yang benar-benar ingin berjuang akan benar-benar menjadi penggerak da'wah yang kental jiwanya menongkah onak duri yang sentiasa silih berganti menghiasi laman hidup ini. Mari bersama-sama berganding bahu menjalankan tanggungjawab kita sebagai khalifah, hamba dan daie di muka bumi ini. Moga segala urusan kita akan dipermudahkan dan diberkahiNya selalu...Ameen...:-)

Monday, May 17, 2010

MAKLUMAN

PERHATIAN KEPADA SAHABAT PEPIAS GOMBAK DIMANA JUA ANDA BERADA, ADALAH DIMAKLUMKAN PADA 5 JANUARI AKAN DIADAKAN MESYUARAT UMUM PEPIAS GOMBAK BERSAMA ABIM GOMBAK:

TARIKH : 18 MEI 2010
MASA : 9.15 MLM
TEMPAT : HS TR 20, UIAM

SEMUA SAHABAT PEPIAS GOMBAK DIJEMPUT HADIR UNTUK BERSAMA-SAMA MEMERIAHKAN MESYUARAT INI DEMI KEMASLAHATAN BERSAMA.

"MEMIMPIN UMMAH DIHADAPAN MENGHARAP REDHA TUHAN"

Sunday, May 16, 2010

Rahsia Solat Di AwAL Waktu


Ustaz Zahazan ada menceritakan tentang perubahan tenaga alam yang berlaku setiap kali terjadinya peralihan waktu solat dimana tenaga alam ini mampu diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam sekeliling. Fenomena ini merupakan sesuatu yang tidak asing lagi bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Waktu Subuh.
Alam pada ketika ini berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaa dalam frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma badan. Jadi, warna biru muda atau waktu subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/ rezeki atau komunikasi. Merka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama-kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkilkan akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermula saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuh sebenarnya sudah tidak mendapat tenaga yang optimum lagi.

Waktu Zuhur.
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian. warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat solat Zohornya berulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat keceriaannya. Orang yang tengah sakit perut akan ceria ke?

Waktu Asar.
Kemudian warna alam akan berubah ke warna oren, iaitu menandakan masuknya waktu solat Asar di mana spektrum warna pada pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal solat Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ini jasad dan roh seseorang itu terpisah (tidor petang). Dan juga lupa, tenaga pada waktu ini amat diperlukan untuk kecergasan sistem organ-organ reproduktif kita.

Waktu Maghrib.
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan diwaktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua supaya berada di rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna golongan ini pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Merka yang sedang dalam perjalanan disarankan untuk berhenti dahulu pada waktu ini ( solat Maghrib dulu..) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak.
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna indigo, dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang sering tertinggal solat Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.
Alam sekarang ini berada dalam kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail. Begitulah secara ringkas berkaitan waktu solat denagn warna alam.

Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seprti yoga, qi-qong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke dalam sisitem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah dikurniakan syariat Solat oleh Allah s.w.t. tanpa kita perlu memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Hakikat ini sepatutnya menginsafkan kita bahwa Allah s.w.t. mewajibkan solat ke atas hambaNya atas sifat pengasih dan penyayangNya sebagai pencipta kerana Dia tahu hambaNya ini amat-amat memerlukanNya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalm menghadiri kelas yoganya...wallahu'alam...

p/s: Artikel ini merupakan sebahagian daripada pengisisan Usrah PEPIAS Gombak yang telah diadakan pada hari Khamis 13hb Mei 2010 yang disampaikan oleh exco Perhubungan dan Informasi (BPI) Gombak, Nurul Jannah Binti Mohd Johari.

Monday, March 22, 2010

Examination Week 4 IIUMians...


Bermula pada minggu ini sampai minggu pertama bulan depan, para penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia akan menempuh minggu peperiksaan yang amat mendebarkan. Biasa la tu bila belajar time2x camnie la paling digeruni. Sebab ianya akan menentukan hala tuju seterusnya sama ada akan terus melangkah ke semester seterusnya ataupun ada yang akan repeat paper (nauzubillah), dan mungkin juga ada yang akan extend semester.

Hurm yang pastinya satu kegembiraan bagi insan bergelar pelajar yang telah menuntut ilmu dan akhirnya mengaplikasikannya dalam peperiksaan dengan jayanya dan apabila keluar dewan peperiksaan dengan hati yang lapang dan tenang disamping bertawakkal pada Yang Maha Esa kerna diberi kemudahan menyelesaikan semuanya dengan baik.

ape2x pun kepada semua warga penggerak PEPIAS Gombak, teruskan usaha dakwah anda di samping menjawab soalan2 peperiksaan itu dengan jayanya. saya dan semua warga PEPIAS Gombak mengharapkan doa juga ingatan sahabat2 semua agar kami mampu dan akan terus bertahan dalam arus perjuangan ini (dan juga dapat menjawab paper2x exam kami tue ye)...

salam ukhuwah fillah buat sahabat seperjuangan semua..:)

Monday, February 8, 2010

KONVIS dan MUKTAMAR membuka lembaran baru PEPIAS GOMBAK

Salam, dan selamat sejahtera kepada semua pembaca2 blog PEPIAS GOMBAK... Didoakan anda sihat sejahtera hendaknya... Sesungguhnya pada 6 Februari 2010 lepas, telah mencatatkan satu lembaran dan langkah berani PEPIAS GOMBAK menganjurkan KONVIS atau Konvensyen pelajar Islam Sekolah/Selangor Peringkat Daerah Gombak. Penganjuran yg bersempena Muktamar ini diadakan bagi mengadakan rangkaian perhubungan antara PEPIAS GOMBAK dengan seluruh sekolah2 di daerah gombak. Tetapi, alhamdulillah, Allah sebaik2Perancang, hanya 9 Sekolah sahaja secara rasminya terlibat dengan KONVIS Pada kali ini. Walaubagaimanapun, penganjuran berani dan untuk julung kali ini, adalah dibuat bagi mengorak satu langkah besar dalam menangani gejala JUVANA di Daerah GOMBAK yang dikhabarkan semakin serius...

Sebagaimana yang pernah sye sebut didalam KONVIS baru-baru ini, Gejala juvana kekerasan telah meningkat saban tahun. Maka, langkah awal perlu dibendung. Penganjuran KONVIS telah diraikan oleh barisan kepmpinan PEPIAS GOMBAK lama, Barikan Komiti KOnvis, perajurit dakwah Pepias pelbagai Cawangan, Adik2 mantan PMG dan KKPI, Peserta dan juga Guru Pengiring. Sesungguhnya, seramai 215 pelajar sekitar gombak, dan satu jemputan khas dari SAMTAJ telah melibatkan diri degna Konvis pada kali ini.

Walaupun pelbagai masalah yang dihadapi, kami bersyukur kepada Allah yang telah membantu kami, tanpaMU disisi pasti usaha kami gagal. Antara follow-up yang telah dirancang adalah, beberapa program yang telah diwartakan oleh saudara naib presiden selepas melalui perbincangan dengan guru2 sekolah yang terlibat dengan konvis ini. Follow-up insyaAllah telah dirancang. hanya menanti masa daun jatuh ke bumi, saat itu, ayuh gegarkan ia wahai para da'ie.

Sesungguhnya tema ucaptama Konvis atau ucapan dasar pada kali ini adalah "Semangat kesukarelaan Menjana Perubahan Bermakna" Teks ucapan boleh didapati dari Mantan YDP.

Kepada Yang terlibat secara lansung dan tidak langsung dengan penganjuran KONVIS dan Muktamar kami mengucapkan seinfiti penghargaan kepada anda, Sumbangan anda bakal diganjari oleh Allah.

Kepada Pimpinan lama, Menyusun sepuloh jari meminta maaf sesama. dan remember.. Lembaran untuk kita baru bermula, musim sejuk dah nak hampir tiba, kene perkuatkan diri memacu dakwah menjana perubahan bermakna untuk ummah.. jgn makan tdo je... jgn byk main dota dan sebagainya... nti rugi masa rugi ummat... Kerja2 yang lebih besar menanti kita... ingatlah wajah tu dah berkerut... jgn dok fikir main je... kne usha berbuat dan bantu... insyaaAllah semanagt akan bertukar berbuat.

Kepada Pimpinan Baru, seluruh dunia mendoakan untuk anda mejana perubahan bermakna untuk UIAM dan gombak amnye... semoga usaha dan keringat kalian akan terus membara... teringat kata2 pengerusi p'hubungan baru... mereka seperti api menyala... jadi kne selalu tambah bara ranting kayu dan sbgainya... um.. jgn ckp je ye... berbuatlah adik2ku semua.

Semoga dipermudah segalanya... AMIN

Barisan Fasilitator yang menjayakan KONVIS

Peserta2 KONVIS yg terdiri daripada 9 Sekolah di Selangor

Mantan YDP Tegas Mengajak peserta membuka minda tentang semangat Kesukarelaan

Bersam Ustz Halim Mengenali Realiti Remaja GOMBAK

Slot Bersama Ustaz Hanafi Belajar Skill Approach kengkawan masalah

Outdoor xtvt

Kehadiran Muktamar

Pengerusi Tetap Muktamar

Barisan Pimpinan Lama

Barisan Pimpinan Baru

Wednesday, January 20, 2010

Pilihlah Pemimpin Yang terbaik dari kamu!!!




Siswa dan siswi Pepias sekalian...



Menjengah ke hari esok(Pilihan Raya Kampus UIAM dan sewaktu dengannya)... mari kita menoleh ke belakang sebentar... Berjalan menginsafi kehidupan yang tak kunjung pergi dugaan dan cabaran.

Mungkin ada yang tidak pernah mengetahui tentang keputusan PRK UIAM lepas yang membariskan pemenang2 berikut:

KULLIYYAH OF ECONOMICS AND MANAGEMENT SCIENCES
MOHD FAHMI – 984 VOTES (WON)
NURUL AIN NAJWA – 490 VOTES
MOHD SOFIYUSSALAM JOHARI – 964 VOTES (WON)
MUNIRAH BT DAMANHURI – 917 VOTES
SHARIFAH NAZIRAH – 454 VOTES

AHMAD IBRAHIM KULLIYYAH OF LAWS

AHMAD MUKHLIS MANSOR – 1052 VOTES(WON)
MASHITAH BT IBRAHIM– 775 VOTES (WON)
MOHD ZAKWAN –556 VOTES
MOHD FAISAL BIN AZIZ VOTES- 590

KULLIYYAH OF ENGINEERING

NOR HANI – 699 VOTES
MOHD KAMARUL HELMI BIN MOHD NAWAWI – 1416 VOTES (WON)
MOHD FIRWAN – 1391 VOTES (WON)

KULLIYYAH OF ISLAMIC REVEALED KNOWLEDGE AND HUMAN SCIENCES
ABD SHUKUR – 1076 VOTES
NORAINI MD DIN – 1661 VOTES (WON)
HAZWANI – 724 VOTES
ZATIL ARIFAH – 2060 VOTES (WON)

KULLIYYAH OF ARCHITECTURE AND ENVIRONMENTAL DESIGN

MOHD FARIZ – 414 VOTES (WON)
MOHD AZWAN – 445 VOTES (WON)
KHAIROL – 367 VOTES
AFIZAN – 380 VOTES

KULLIYYAH OF INFORMATION AND COMMUNICATION TECHNOLOGY
MOHD AZIZAT – 257 VOTES
MOHD HAIRUL ZAIM - 315 VOTES (WON)
SHARIFAH UMMU KALTHUM – 324 VOTES (WON)

Tidak ingin berbicara panjang, hanya mengkonklusifikasikan....

Sesungguhnya tanggungjawab dan amanah yang diberi untuk memilih juga menjadi tribulasi yang hebat. Tidak kunjung tiba dengan pelbagai kejian, tomahan yang berlansung dlm suasana PRK di seluruh kampus... Seharusnya Mahasiswa yang punya idealisme dan wadah perjuangan mempergunakan fikrah dan rasional akal dalam berbuat. Bukannya emosi dan nafsu serakah yang menjadi panduan dan garis ikutan.

Sama-samalah menunaikan tanggungjwab sebagai pengundi dengan sebaiknya... memilih pemimpin juga adalah tanggungjwab bersama dalam menjayakan misi "Khaira Ummah" yang dilaungkan abg2 terdahulu dan sekarang. Generasi SRC kali ini perlu bangkit menjadi contoh kepada masyarakat bukan berjuang hanya untuk menjaga kepentingan.

Selamat mengklik undian anda (bkn buang... hehe)

Jalan Tengah adalah yang terbaik... renung2kan...

Majulah UIA untuk Islam!!!

Monday, January 11, 2010

KONVIS (An Introduction )

“The increasing of juvenile’s cases among students is not an issue that should not be taken for granted by all people, as the percent of the cases keep raising and now this development become hazardous problem to our society. As part of early prevention, community particularly needs to cooperate with the schools and police force in order to decrease the amount of juvenile’s cases among school’s students”

(Quote from Bernama.com, 5th April 2009)

This worry has been voiced out by various people. Students are an important element in community and they should be given priority during this development process as they will serve as the future leaders to the country. Besides, they are a group of young generation who will provide services to the society especially as early as in the school itself. Based on this scenario, the percentage of juvenile’s cases in Gombak district has increased when the population is raising at the same time which leads to the wrongdoings of the teenagers in that area. Thus, early prevention need to be carry out by strengthening change agents like prefect’s society and Islamic Body in schools.

Students have to prepare themselves with great preparation. Their mind must be developed efficiently so that they may produce something when needed. Mental and physical strength must go with the aim of one’s action in order for the aim to be successful. Among the important elements which serve as the pillar of the future success are knowledge and the application of good behavior and action. These two customs need to be planted to become the basic preparatory steps of the new generation. Its strength can be proved by acquiring both elements as a whole and practice it in daily life, so it will be able to fulfill the ambition and dream of the community.

Thus, PEPIAS GOMBAK feels responsible to support and encourage the idea of upholding knowledge and the applying the practice of good behavior and action in student’s life by organizing the Islamic Student School Convention or in Malay called "KONVENSYEN PELAJAR ISLAM SEKOLAH(KONVIS)". For your information this event are also included with AGM PEPIAS GOMBAK or "Muktamar PEPIAS GOMBAK" that will also to be a prestige event for all Pepiasian all over this district. InsyaAllah, Hopefully, this programme will help in accomplishing the noble dream that all longing for.

Event Details:

6 February 2010 (Saturday)
Duration: 1 Day (8 a.m - 6 p.m)
at Experimental Hall, INTERNATIONAL ISLAMIC UNIVERSITY OF MALAYSIA (IIUM) GOMBAK.

Monday, January 4, 2010

MAKLUMAN

PERHATIAN KEPADA AHLI USRAH PEPIAS GOMBAK DIMANA JUA ANDA BERADA, ADALAH DIMAKLUMKAN USRAH PEPIAS GOMBAK PADA 5 JANUARI AKAN BERZIARAH MEMENUHI PROGRAM/TAKLIMAT ISU:

"KALIMAH ALLAH: HAK MUSLIM @ SEMUA"


PENYAMPAI: DR FARID SHAHRAN
TARIKH : 5 JANUARI 2010
MASA : 8.30 MLM
TEMPAT : ADM LT4
ANJURAN : INTELECTUAL YOUTH CLUB (IYC), UIAM

DAN KEPADA SEMUA PIMPINAN GOMBAK DIINGATKAN SEKALI LAGI UNTUK HADIR KE MESYUARAT PEPIAS GOMBAK MALAM INI:

TARIKH : 4 JAN 2010
MASA : 9 MLM
TEMPAT : HS TR20
AGENDA : DATABASE
KONVIS & MUKTAMAR
PENETAPAN SYURO

"MEMIMPIN UMMAH DIHADAPAN MENGHARAP REDHA TUHAN"

Wednesday, December 30, 2009

Berakhir PMG 10

1-Saya mewakili YDP dan barisan pimpinan Gombak mengucapkan tahniah atas keberjayaan jawatankuasa PMG 10 mengendalikan program. Program ini berjalan dengan dengan 3 intipati utama iaitu:

a. Pendedahan tentang peluang-peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi.
b. Pendedahan tentang kehidupan di IPT.
c. Menerapkan budaya ilmu dan ingin berjaya dalam diri peserta.

2. Diharapkan produk yang dilahirkan mampu memberi manfaat kepada peserta dan dapat dimanfaatkan sebagai salah satu ilmu asas hari-hari awal nanti berada di IPT. Setelah 4h 3 mlm berkampung di UNISEL, banyak pengalaman yang ada. Tidak kira samada manis ataupun pahit, moga dijadikan iktibar dan panduan dimasa hadapan.

3. Terima kasih juga diucapkan kepada HISEP PEPIAS kerana sudi juga berkampung disini bersama-sama meraikan kenangan yang lama dan berkongsi ilmu kepada adik2 junior, abg Alang, abg komeng, abg hafiz, abg Kam, Abg yasir, dan abg radin.Juga kepada pimpinan Gombak yang turut serta sekurang-kurangnya memberi sokongan moral diketuai oleh

a.Razman razali
b.Azali Md nor
c.Adila Mansor
d-Fatimah Azzahra
e-Abdul Wahab
f-Syida zainudin
g.Nadia mohamed
h.Nor Furqoon Saaidon
i.Fawwaz
j. Asyraf
k.Siti khodijah
l.kwn siti khodijah

4. Semoga program sebegini mendapat hati di semua pihk, selamat berjaya kepada semua.

Sekian
Setiausaha 1, Gombak

Tuesday, December 22, 2009

Usrah Kali ke-3 Sem 2 09/10

Hari: Selasa
Tempat : HS TR 20
Masa: 9 Malam

Datang beramai-ramai

"Membugar idealisme kearah kesyumulan aktivisme"

Wednesday, December 9, 2009

Menelusuri perjalanan hidup di UIA(Sesi usrah selasa-08 dec 2009)

1-Alhamdullilah, usrah dihadiri seramai 14 orang, dimulai dengan ucapan alu-aluan YDP. usrah berkisar tentang perkongsian pengalaman ahli sepanjang berada di UIA dan perancangan peribadi akan datang.

2-Mari kita renungkan, ramai dibelakang tabir kita yang telah menyokong kita di dalam menjadi ilmuwan terutama sekali ayah dan ibu. Kita harus sentiasa beringat untuk membalas jasa mereka dengan mengigati mereka apabila kita sudah berada di profession masing-masing. Bayangkanlah, 7 orang anak dapat di jaga oleh 1 orang ibu, maka adakah 7 adik beradik ini mampu menjaga 1 orang ibu. Begitu juga dengan ayah, seorang ayah boleh mengeluarkan wang belanja hasil titik peluhnya selama bertahun-tahun kepada 7 orang anak. adakah 1 orang anak pun dapat mengeluarkan perbelanjaan untuk belanja perubatan ayah? Kapan masa bertahun2 berada di sisi anak-nya ketika anak baru mengenal hidup...adakah kita akan selalu disisinya bila dia menghabiskan masa-masa terakhirnya..atau kembali berseorangan....

3-Kepada rakan-rakan, agar semua tabah dalam mengharungi kehidupan, ingatlah-misi kita di dunia ini bukan untuk tidak bermasalah, tetapi misi kita adalah untuk terus hidup menerima takdir dan berusaha memperbaiki diri.

Sekian

Tuesday, December 8, 2009

Usrah PEPIAS GOMBAK Sem Baru

Tarikh: 8 Disember 2009
Hari: Selasa
Tempat: HS classroom

Semua ahli PEPIAS GOMBAK dijemput hadir....

"Amalan Usrah Merapat Ukhuwah Membugar Fikrah"