1-Alhamdullilah, usrah dihadiri seramai 14 orang, dimulai dengan ucapan alu-aluan YDP. usrah berkisar tentang perkongsian pengalaman ahli sepanjang berada di UIA dan perancangan peribadi akan datang.
2-Mari kita renungkan, ramai dibelakang tabir kita yang telah menyokong kita di dalam menjadi ilmuwan terutama sekali ayah dan ibu. Kita harus sentiasa beringat untuk membalas jasa mereka dengan mengigati mereka apabila kita sudah berada di profession masing-masing. Bayangkanlah, 7 orang anak dapat di jaga oleh 1 orang ibu, maka adakah 7 adik beradik ini mampu menjaga 1 orang ibu. Begitu juga dengan ayah, seorang ayah boleh mengeluarkan wang belanja hasil titik peluhnya selama bertahun-tahun kepada 7 orang anak. adakah 1 orang anak pun dapat mengeluarkan perbelanjaan untuk belanja perubatan ayah? Kapan masa bertahun2 berada di sisi anak-nya ketika anak baru mengenal hidup...adakah kita akan selalu disisinya bila dia menghabiskan masa-masa terakhirnya..atau kembali berseorangan....
3-Kepada rakan-rakan, agar semua tabah dalam mengharungi kehidupan, ingatlah-misi kita di dunia ini bukan untuk tidak bermasalah, tetapi misi kita adalah untuk terus hidup menerima takdir dan berusaha memperbaiki diri.
Sekian
TERKINI di Blog...
-
▼
2009
(36)
-
►
January
(16)
- Usrah PIMPINAN PEPIAS GOMBAK
- SEMOGA PEBIS MENDAPAT KEJAYAAN
- PEBIS
- Pepias Bowling Tournament Result
- USRAH PIMPINAN PEPIAS GOMBAK 2009
- يا الله ...................Bantulah Ahlul Ghazzah ...
- PEPIAS GOMBAK Mengecam Kezaliman Israel!!
- APA kesudahan PPSMI??
- Jenayah perang Israel
- ROKET DARI LUBNAN SERANG ISRAEL!!!
- PERBINCANGAN ISU PALESTIN
- Wahai MUJAHIDUN di Jalan Allah!!
- ISRAEL TOLAK USUL GENCATAN SENJATA, TERUS BEDIL GA...
- Jemputan ke program "MALAM PERSADA KITA"...
- Malam Mahabbah PPIK-UIAM 08/09
- Sekitar PMG 08 Anjuran PEPIAS
-
►
January
(16)
Blog PEPIAS CAWANGAN
-
-
-
-
Usrah Pepias Pandan.....5 weeks ago
-
-
ADAB BERJEMAAH3 months ago
Jaringan Gerakan Islam
-
Perutusan Maal Hijrah1 day ago
-
ABIM Latih Sukarelawan Muda3 days ago
-
KURSUS IBADAH QURBAN 20092 weeks ago
-
-
PROGRAM & AKTIVITI
Festival Pelajar Islam Selangor (ISFEST 09)
Tarikh: 20-22 November 2009
Tempat: Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
Program di KUSESS
Tarikh: 13 & 14 November 2009
Tempat: KUSESS
Program Pengurusan Jenazah dan Teknik & Etika Penyembelihan mengikut Syarak
Tarikh: 10-12 Julai 2009
Tempat: Kem Bina At-Taqwa
Bukit Changgang
Banting, Selangor
(Tempat adalah Terhad!! Daftar Segera!!)
Program Khemah Ibadah Sek Men. Keb. Samudera Tarikh: 3 & 4 Julai 2009 Tempat: SMK Samudera
Program Kepimpinan Rakan Sebaya(PRS) Sek. Men Keb. Abd. Jalil
Tarikh: 26-28 Jun 2009
Tempat: Kem Rebutia, Gombak
Masa: 5ptg (Jumaat) - 4ptg(Ahad)
Program "Bahagia Menjadi Gadis" (BMG)
Tarikh: 17 Jun 2009
Tempat: SMK Taman Selayang
Masa: 1 day program, 8.00 a.m - afternoon
Usrah PEPIAS GOMBAK Short Sem (Episode Akhir)
Tarikh: 16 Jun 2009
Tempat: Adm LR 13
Masa: 8.30 p.m - 10.15 p.m
Usrah PEPIAS GOMBAK Short Sem Kali ke-3
Tarikh: 9 Jun 2009
Tempat: Adm LR 13
Masa: 8.30 p.m -10.15p.m
Malam Tautan PEPIAS NILAI
Tarikh: 3 Jun 2009
Tempat: Classroom Area
Malam Tautan PEPIAS PJ
Tarikh: 2 Jun 2009
Tempat: SMAWP 3 (Pusat Asasi PJ)
Masa: 8 p.m
Kenduri Kahwin Abang Kepada Aimie Mantan Pimpinan PEPIAS PJ
Tarikh: 7 Jun 2009 (Sabtu)
Tempat: Lot 73, Lorong Sentosa 2, Kampg Melayu Batu 16, 48000 Rawang, Selangor.
Program Tunas Ilmu
Tarikh: 29-30 Mei 2009
Tempat: Masjid as-sobirin Taman Keramat.
Program Sek rendah Mantin
Tarikh: 28-30 Mei 2009
Tempat: Kem motivasi di Seremban
Program Karnival rakyat, Pepias terlibat dengan pengendalian aktiviti explorace disana.
Tarikh: 28 Mei 2009
Tempat: Jalan Kebun, Klang
Program Wirawan Wirawati
Tarikh: 28-30 Mei 2009
Tempat: Seri Al-huda, Gombak
Sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Selangor
Tarikh: 29 Mei 2009
Tempat: Kompleks rakan Muda Klang
Mesyuarat Mappin PKPIM UIAM
Tarikh: 27 Mei 2009
Tempat: Adm lr 7
Usrah Pepias Gombak Short Sem Kali ke-2
Tarikh: 26 Mei 2009
Tempat: Adm Lr 13, UIAM Gombak
Usrah Pepias Gombak Short Sem Pertama
Tarikh: 19 Mei 2009
Tempat: Adm Lr 13, UIAM Gombak
"Bertemu dalam keta'atan Bersatu dalam Perjuangan"
Contributors
Tuesday, December 8, 2009
Menelusuri perjalanan hidup di UIA(Sesi usrah selasa-08 dec 2009)
Monday, December 7, 2009
Usrah PEPIAS GOMBAK Sem Baru
Tarikh: 8 Disember 2009
Hari: Selasa
Tempat: HS classroom
Semua ahli PEPIAS GOMBAK dijemput hadir....
"Amalan Usrah Merapat Ukhuwah Membugar Fikrah"
Wednesday, November 11, 2009
ISFEST 09
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Kepada semua ahli PEPIAS Gombak... Semoga kejayaan dunia dan akhirat adalah pulangan bagi anda daripada final exam kini. Adalah dimaklumkan kepada semua ahli PEPIAS Cawangan Gombak, PEPIAS akan menganjurkan "Selangor Islamic Student Festival" ataupun (IsFesT) di KUIS. SEMUA ahli PEPIAS Gombak adalah digalakkan untuk hadir ke Festival ini jika berkelapangan dan mengajak kawan2 lain untuk sama2 turut serta. Butiran isfest adalah seperti Di bawah:
Program: Festival Pelajar Islam Selangor (Bersempena Muktamar Agong PEPIAS kali ke-18)
Tarikh: 20-22 November 2009
Tempat: Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
Events bakal berlansung:
1) MUKTAMAR AGONG TAHUNAN PEPIAS KALI KE-18
2) KARNIVAL SUKAN PELAJAR ISLAM SELANGOR
3) GEGAR REMAJA ISLAM SELANGOR
4) MAJLIS MAKAN MALAM PEPIAS
5) PAMERAN KERJAYA DAN IPTA-IPTS SELANGOR
6) WACANA AKTIVIS MUDA ISLAM
7) HARI KELUARGA PEPIAS
PEPIAS GOMBAK akan sama turut serta MUKTAMAR AGONG PEPIAS kali ke-18, justeru itu kita memerlukan:
1) Wakil pemerhati
* Berminat sila emailkan (Nama Penuh, IC-No, Tel No dan e-mail anda) ke razman_pepias@yahoo.com
2) Cadangan usul : (Tarbiyah, Kaderisasi, Kepimpinan, Helwani dan pengurusan)
* Sila e-mailkan cadangan usul anda untuk dipertimbangkan oleh pimpinan PEPIAS Gombak ke email razman_pepias@yahoo.com
Maklumat lanjut IsFesT 09 sila layari www.isfest09.blogspot.com
Terima kasih
"Bertemu dalam ketaatan bersatu dalam perjuangan"
Tuesday, November 3, 2009
Mana Milik Kita?
Suatu hari seperjalanan melihat kebersamaan rakan2 Ampang, Gombak, Bangi, Shah Alam, Banting di LaFaS Kem Rebutia... Suatu yang luar biasa hebat berlaku... Hampir Semua cawangan Turun memberi khidmat kepada Allah di sana... Alhamdulillah... Sebaik perancang itu adalah daripada Allah...
Ucapan Tahniah Kepada Pengarah Lafas Sdr Rozaidi kerana berjaya meletakkan diri anda dalam satu daerah perjuangan Kaderisasi dakwah yang amat luar biar hebat. Sesungguhnya... Keterlibatan dari semua yang telah terlibat PasTi ada ganjaran yang luar biasa hebat untuk kalian...
Justeru itu kepada sesiapa yang telah diprogramkan itu khususnya kepada adik2 LaFas 2009, marilah mengembara kedalam diri dan kembali menjengah kedalam diri kita agar kita kenali sesuatu yang luar biasa hebat pada diri kita... Akal Fikiranmu yang waras bakal menampakkan sesuatu dalam diri kamu iaitu Kebesaran Allah...
Lihat jugalah sekeliling kamu... kawan2 kita... adik2 kita... ibu2 kita... ayah2 kita.... ada sebahagiannya masih lagi meminta tolong agar ditunjukkan jalan untuk menerjah kedalam suatu ketenangan dan kedamaian dalam diri untuk menjadi insan yang diredhai Allah... Sirah Anbiya' telah cukup menceritakan sedahsyat-dahsyat pengorbanan dan penyerahan kepada mengabdikan diri kepada Allah... Lihatlah bagaimana mereka berjuang... dan contohilah mereka.... Tidak pula hawa nafsu dan amarah yang membuah dendam kesumat tersemat dihati mereka... kerana mereka tahu sesungguhnya Allah amat membenci permusuhan sesama muslim.
Dalam kegirangan melihat wadah ini berlansung, hati kecil kita pasti tenang melihat dan menerobos kedalam mata2 dan hati teman seperjuangan, Hati yang sentiasa berzikir untuk terus berjuanga ini pasti menjadi suatu motivasi luar biasa kita yang akan membentuk diri menjadi hamba allah yang bersyukur dan beramal...
Marilah kita teruskan berusaha dan menguatkan usaha untuk mempersembahkan yang terbaik kepada Allah kerana sesungguhnya... Allah amat merindui merka yang berjalan dijalanNYA... Semoga Syahid adalah matlamat kita....
Lalu terimalah hadiah lagu ini buat renungan bersama...
"Mana Milik Kita"
By:Rabbani
Mana milik kita?
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya
Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya
Kita Allah punya
Dunia ini ciptaan-Nya
Miliklah apa saja
Tidak terlepas dari ciptaan-Nya
Mana kita punya
Tidak ada kepunyaan kita
Kita hanya mengusahakan
Apa yang telah ada
Mengapa kita sombong
Memiliki Allah punya
Mengapa tidak malu
Kepada Allah yang empunya
Patut bersyukur kepada Allah
Yang memberi segalanya
Malulah kepada Allah
Kerana milik Ia punya
Janganlah berbangga
Apa yang ada pada kita
Kalau Allah tidak beri
Kita tidak punya apa-apa
Janganlah mengungkit
Mengungkit jasa kita
Jasa kita di sisi-Nya
Yang sebenarnya Allah punya
Marilah kita bersyukur
Bukan berbangga
Bersyukur kepada Allah
Bukan mengungkit jasa
Gunakanlah nikmat Allah itu
Untuk khidmat kepada-Nya
Selepas itu lupakan saja
Agar tidak mengungkit-ungkitnya
P/S-Teruskan perjuangan EXAM juga buat semua sahabat UIA... Sesungguhnya tiada apa yang lebih membahagiakan selain melihatmu berjaya di dunia dan Akhirat.... :-)
Sunday, November 1, 2009
LAKEP(Latihan Kefasilitatoran & Pengurusan)
Assalamualaikum.
1- Kami di pihak cawangan Gombak mengucapkan tahniah kepada cawangan MMC kerana berjaya melaksanakan program LAKEP dengan baik. Diharapkan dengan habisnya program ini menjadi satu anjakan kepada peserta untuk maju dan menjadi fasilitator yang baik bagi melaksanakan program-program pembangunan modal insan di seluruh Negeri Selangor.
2-Kami di pihak Cawangan Gombak memohon kemaafan kerana tidak ramai yang dapat turun ke program kerana di ambang musim peperiksaan. Walau bagaimanapun, saya bersama dengan izzati dan Ramzan berjaya turun untuk memberi sokongan kepada adik-adik cawangan kampus. Kami harapkan POA yang telah dirangka dapat dilaksanakan dengan baik kerana kayu ukur kursus bukan terletak kepada keseronokan program semata-mata, tetapi kepada keberkesanan POA. Kami doakan semoga adik-adik terutama dari cawangan Bangi dan MMC meneruskan kesinambungan kerjasama yang wujud ini.
3-Cuma secara peribadi,di dalam setiap program ada perkara yang harus diperhatikan melibatkan sensitiviti. Saya mendapat khabar ada pemimpin yang tidak mengalu-alukan kedatangan ahli PEPIAS. Ini tidak sepatutnya terjadi sebagai seorang yang berfiran waras dan ilmiah. Hinggakan datang ke rumah miskin kita mesti mengalu-alukan, kenapa pula kita mahu berkurang ajar mengatakan sesuatu yang tidak harus diucapkan lagi-lagi bila berada di kelompok kepimpinan tertinggi.Maka pemimpin seperti ini tidak layak mendapatkan pengiktirafan oleh mana-mana pihak.Pemimpin jenis inilah sepatutnya tidak dialu-alukan. Dan ingatlah sewaktu Saya mahu meletakkan jawatan 2 kali Di dalam PEPIAS kerana ada salah paham, ramai pemimpin yang bangkit memberikan sokongan untuk terus berada di jalan ini. Tiba-tiba dalam kes lain, datang kelompok ini yang ahli-ahlinya bersemangat melaksanakan misi dakwah, ditolak dengan ugutan tidak mengalu-alukan.Siapakah dia untuk tidak mengiktiraf ahli?.Seandainya berterusan perkara ini, mungkin akan membunuh semangat ahli-ahli yang baru mula nak mengenal dunia dakwah.
4- Saya juga mendapat laporan pemilihan menjadi urusetia di kawal secara "akal kering" oleh sesetengah pemimpin. Sehinggakan mereka yang memiliki autoriti dan paham keadaan semasa tidak boleh membuat keputusan. Ini tidak sepatutnya terjadi kerana menggambarkan kuku besinnya kepimpinan ini. Akhirnya, pimpinan ini dibenci dan ditolak. Maka saya menyeru kepada semua pemimpin PEPIAS, jangan "seronok sendiri" dengan mulut yang dikurniakan. Maka apakah persoalannya, saya yang mempunyai autoriti di dalam menjalankan aktiviti rekreasi tidak boleh membuat kesimpulan dalam aktiviti yang dikendalikan.Ini tidak tepat sama sekali. Sedangkan kita alu-alukan siapa yang nak menyertai di dalam menjalankan dan melaksanakan aktiviti rekreasi,kita berkongsi ilmu dan mneyokong satu sama lain.Bukan menyekat secara membuta tuli.
4-Kami mengucapkan terima kasih kepada Presiden, TYDP dan Helwani yang memberikan sokongan berada di dalam program bahkan mengalu-alukan kita untuk memberi input mengikut flow yang telah dirancang. Kepada adik-adik, kami menyokong sepenuhnya usaha murni ini dan seandainya ada masalah yang meruncing jangan malu dan jangan teragak-agak untuk mendapatkan sokongan kami. Semoga terus mekar di dalam jalan ini dan menjadi lebih baik dari kami.
Setiausaha I, Gombak
Tuesday, September 15, 2009
Memperkasa sistem pendidikan di dalam medan dakwah PEPIAS;Peluang & Ancaman

Medan dakwah
Pendidikan merupakan aset utama di dalam membentuk sumber dan modal insan. Bahkan semua negara meletakkan pendidikan sebagai aspek utama di dalam perlembagaan tertinggi masing-masing. Contohnya, Indonesia pada fasal 31, ayat 1 menjelaskan bahawa
"Setiap warga negara berhak mendapat pendidikan".
Cara pendidikan memainkan peranan penting kepada perolehan yang bermanfaat kepada agama, bangsa dan tanah air. Pendidikan bermaksud proses pembelajaran berterusan yang memerlukan sumber yang bersesuaian secara langsung atau tidak langsung. Pendidikan terbahagi kepada dua iaitu Pendidikan formal dan Pendidikan tidak formal.
Pendidikan formal merupakan pendidikan normal yang dilihat mempunyai kesinambungan yang kukuh di negara ini.Zaman semakin kehadapan, kemerdekaan Malaysia menampakkan ciri-ciri kematangan di dalam sistem pendidikan. Tambahan pula, kerajaan pada hari ini menunjukkan komitmen yang tinggi di dalam pendidikan. Buktinya, portfolio pendidikan diletakkan di atas bahu Timbalan Perdana Menteri Malaysia, jawatan nombor dua paling kanan di dalam pentadbiran kerajaan pusat. Pendidikan ini didasari oleh kerangka yang bercambah pada hari ini dengan baik dan tersusun rapi melalui cabang-cabang kompleks sehingga sukar untuk diterjemahkan dengan tulisan yang ringkas ini. Seharusnya diyakini rakyat Malaysia, pendidikan umum secara formal dilihat telah melalui zaman yang pelbagai dan kritikal.
Namun, keseimbangan ini tidak akan lengkap sepenuhnya jika badan kerajaan iaitu pentadbiran kementerian Pelajaran, Kementerian Pendidikan Tinggi bersama-sama institusi kerajaan bergerak di dalam kelompok tersendiri sahaja. Melalui pemikiran inilah, badan bukan kerajaan harus kehadapan memainkan peranan tersendiri terutama memberi keseimbangan pendidikan melalui pendidikan tidak formal terutamanya. Gagasan pemikiran yang bervariasi telah memurnikan lagi sebenarnya sistem pendidikan negara. Kita harus menyedari bahawa di zaman tanpa sempadan ini, perlu ada sokongan pendidikan di segenap pelusuk cara dan strategi. Maka disinilah peranan PEPIAS di dalam menyahut seruan pendidikan berteraskan dakwah di peringkat belia. Semakin kecil skop yang dimainkan oleh sesebuah badan bukan kerajaan, sebenarnya semakin hebat cabaran memurnikan modal insan yang ada. Tambahan lagi apabila melihat golongan sasaran yang begitu tepat dengan keadaannya mencari identiti dan jati diri sendiri. Itulah golongan belia yang bakal menjadi nadi kepada kepimpinan induk negara pada masa akan datang.
Selayaknya, PEPIAS harus berterusan membuktikan bahawa badan ini sentiasa relevan dengan masa dan situasi. Keadaan yang semakin diselirati akar-akar idea dan doktrin luar merebahkan pohon-pohon jati diri dan budaya asli belia-belia melayu.Tidak terlalu berselindung untuk mengatakan kita sebenarnya bukan lagi diancam oleh budaya asing yang bertentangan dengan norma timur, tetapi telah menjadi mangsa kepada serangan saraf penuh taktikal sejak sekian lama. Benarlah, kecemerlangan yang datang ini telah disusun rapi oleh kebatilan lalu mengalahkan kebenaran yang sebenarnya patut kita akui perlu dirangka dengan lebih jitu dan strategik. Kita haruslah bersikap terbuka di dalam membuat pemilihan jalan dakwah dengan memberi laluan kepercayaan kepada semua badan dakwah untuk membentuk “Base camp” berorientasi pengaruh kepimpinan dakwah di serata tempat. Dengan menutup pintu kepada organisasi lain termasuklah yang selari dengan perjuangan ini seperti ABIM, JIM, & PERKIM sebenarnya menjadikan kita terpencil dan terus berada dalam mimpi indah sendiri. Pengurusan haruslah strategik seandainya tidak mahu proses kaderisasi terencat kerana setiap dari ahli kita merupakan sukarelawan yang mahu menyerahkan hati untuk bersama-sama dengan kita. Seandainya ada yang pergi kerana kesilapan kita, salahkan diri kerana menganggap sendiri sebagai pertuanan autokratik di tempat sendiri. Maka pendidikan ini tidak akan dimanfaatkan secara keseluruhan.
Seharusnya setiap ahli benar-benar mengakui bahawa ahli yang komited terhadap sistem kepimpinan pendidikan mengakui dengan hati terbuka bahawa PEPIAS adalah salah satu dari wadah perjuangan bukan satu-satunya wadah perjuangan yang ada , pada masa yang sama haruslah mencintai wadah ini dengan sepenuh hati supaya kita akan dapat melihat kader-kader dakwah subur di dalam taman-taman pendidikan. Semoga kader-kader yang ada mewarisi perjuangan murni secara lebih terbuka demi mencapai cita-cita ingin melihat dakwah dan ahli terus subur.Dicampak ke langit, menjadi hujan ditemani pelangi. Dicampak ke laut menjadi butir mutiara bergemelapan dan dicampak ke tanah gersang, mekar menjadi benih yang subur
SUDUT BACAAN
PEPIAS GOMBAK 2009
VISI :
"Menjana INTEKTUALISME, IDEALISME dan AKTIVISME dikalangan masyarakat kampus"
MISI :
"PEPIAS GOMBAK Sebagai gerakan Islam yang Dinamik dan pro-aktif dalam melahirkan mahasiswa yang bervisi dalam melahirkan generasi Rabbaniy."
HALATUJU :
- Memantapkan kualiti ahli.
- Menyubur Kaderisasi
- Meningkatkan tahap Professionalisme dan pengurusan
- Memperkukuh dana pepias
- Memperkasa HELWANI

