Monday, March 22, 2010

Examination Week 4 IIUMians...


Bermula pada minggu ini sampai minggu pertama bulan depan, para penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia akan menempuh minggu peperiksaan yang amat mendebarkan. Biasa la tu bila belajar time2x camnie la paling digeruni. Sebab ianya akan menentukan hala tuju seterusnya sama ada akan terus melangkah ke semester seterusnya ataupun ada yang akan repeat paper (nauzubillah), dan mungkin juga ada yang akan extend semester.

Hurm yang pastinya satu kegembiraan bagi insan bergelar pelajar yang telah menuntut ilmu dan akhirnya mengaplikasikannya dalam peperiksaan dengan jayanya dan apabila keluar dewan peperiksaan dengan hati yang lapang dan tenang disamping bertawakkal pada Yang Maha Esa kerna diberi kemudahan menyelesaikan semuanya dengan baik.

ape2x pun kepada semua warga penggerak PEPIAS Gombak, teruskan usaha dakwah anda di samping menjawab soalan2 peperiksaan itu dengan jayanya. saya dan semua warga PEPIAS Gombak mengharapkan doa juga ingatan sahabat2 semua agar kami mampu dan akan terus bertahan dalam arus perjuangan ini (dan juga dapat menjawab paper2x exam kami tue ye)...

salam ukhuwah fillah buat sahabat seperjuangan semua..:)