Wednesday, June 24, 2009

Wallpaper PEPIAS....

(Klik gambar untuk resolusi sebenar)







Unit Multimedia Pepias Gombak

Saturday, June 20, 2009

mari kita hebahkan pepias


Sumber:Harian Metro, 19 Jun 2009

Sumber: Sinar Harian,17 Jun 2009

Di mana kita minggu ini saya ngn fifi,nik ngn syamin ngn kuis pepias 15 org alhamdullah bjaya melaksanakan program anjuran PERKIM,surau alhijrah dan kem sedayu...antara adik2 kuis yang turut sertai kita adalah apiz,misylia,ila,fitria DLL,:)...kan bagus kalau kita war war kan cerita PEPIAS mcm yang diusulkan adik muzakir...bila lagi ya?...xmengapa..nanti kita minta tolong kak fa war-war kan berita PEPIAS kat majalah utusan plak....wah wah wah, kabel besar lagi tu:)Untuk adik muzakir...bagus pendapat tu..kritis dan idealis....:). Kita perlukan pandangan-pandangan belia yang berbentuk inisiatif. Ini akan menjadikan pergerakan kita terus relevan dengan perkembangan masyarakat.Ini sebagai contoh NGO mcm kita PERKIM, sekali program, 2 surat khabar keluar,sinar n metro...

Wednesday, June 10, 2009

Pengisian usrah

Perbincangan meliputi 2 aspek:

1-tafsir surah aL-hujurat;6-8
2-fIQH awlawiyat

Secara umumnya, surah yang dibincangkan meliputi 2 perkara yang perlu ada sebagai org mukmin iaitu adil di dalam komunikasi dan hargai nikmat iman. Ayat 6 ditujukan kepada bani mustaliq yang difitnah oleh Al-walid B Hutbah. Dalam rujukan Ibn Kathir, satu hadis diriwayatkan oleh Ahmad B Hanbal:Al-Harith B Dirar berkata, aku bertemu dgn Rasullulah lalu baginda mengajakku memeluk Islam. Kemudian Rasullullah SAW mengajakku mengeluarkan zakat. Aku berkata lagi, aku perlu pulang kpd kaumku terlebih dahulu utk mengajak mereka memeluk islam dan mengeluarkan zakat.Cukup tempoh, Rasullullah menghantar wakil iaitu Al-walid utk menguruskan zakat. walaubagaimanapin, Al-walid berasa takut dalam perjalanan menuju ke kampung bani mustaliq lalu dia balik dan mengatakan bahawa Al-harith dan kaumnya tidak mahu membayar zakat bahkan mahu membunuhnya pula. Rasullulah yang mempunyai sikap kepimpinan adil tidak melabel dan menghukum, malahan berjumpa dengan AL-harith lalu Al-Harith bersumpah bahawa dia tidak pun berjumpa dengan AL-walid dan tidak pula mahu membunuhnya. Maka turunlah ayat ini dan baginda bersabda:Menyelidiki dengan tenang itu adalah dari Allah,tetapi tergopoh gapah itu adalah drpd syaitan(At-tabariy)
Ayat 7 & 8 pula membuktikan bahawa iman adalah nikmat yang paling besar dikurniakan oleh ALlah SWT.oLEH ITU, Allah suka menguji seorang yang beriman dengan imannya. Diceritakan bahawa ada seorang hamba berdoa, lalu malaikat berkata kepada Allah:Ya tuhanku, hamba-MU sedang berdoa.Maka ALlah menjawab:Biarkan hamba-KU berdoa, Aku suka dengar suaranya meminta,tiada hamba-KU meminta selain Aku akan perkenankan.kalau AKU TAHAN permintaanya, kerana Aku akan berikan pada saat yang lebih penting untuk hamba-KU atau Aku mahu tolak musibah yang lebih besar untuk hamba-KU

Manakala fiqh awlawiyat pula meletakan pengisian yang amat kritikal di dalam membuat pilihan meletakkan keutamaan di dalam melakukan suatu gerak kerja.Berikut adalah perkara yang perlu diambil kira:

1-Mengakui keadaan darurat.
2-Berubah fatwa atas sebab masa dan tempat
Cth:Rujuk kisah Ibn Taymiyah yang memiliki lontaran idea yang
3-Keperluan untuk berperingkat
4-Wawasan pemikiran muslim perlu diperbetul.
5-Mengikut cara yang ditetapkan al-quran

Wednesday, June 3, 2009

JANGAN ANGKUH DENGAN ILMU

Geram dan marah dirasakan apabila mendengarkan ada ‘penceramah agama’ mengeluarkan kenyataan yang terlalu angkuh dan sombong; lebih menggeramkan apabila kenyataan itu dibuat dalam keadaan menyandarkan diri mereka sebagai pendokong “ahli sunnah wal jama’ah”, sedangkan pada hakikatnya mereka tidak memahami asas-asas aqidah ahli sunnah wal jama’ah. Jika tidak kerana mengenangkan bahawa guru saya juga belum pernah menyebut nama individu apabila membidas kenyataan-kenyataan serta fahaman-fahaman yang tidak betul ini, maka pasti akan saya sebut nama individu tersebut, serta nama mereka yang berfahaman sealiran dengannya di sini dan akan saya ganyang namanya habis-habisan.

Saya sangat marah dengan geram dengan kenyataan angkuh yang mereka keluarkan: bahawa kita selaku umat Islam pada hari ini tidak perlu merujuk kepada “syeikh”, tetapi sebaliknya cukup sekadar merujuk kepada Al-Qur’an dan As-Sunnah. Dengan penuh angkuh mereka menyatakan bahawa umat pada hari ini tidak memerlukan kepada “syeikh”. Hal ini demikian, kerana menurut fahaman mereka, bahawa “syeikh” ini akan banyak mengajar kepada kesesatan, yakni perkara-perkara yang menyimpang jauh daripada Al-Quran dan As-Sunnah. Ya Allah! Semoga Allah mengampunkan mereka serta membuka pintu hati mereka untuk menerima cahaya Hidayah bagi menunjuki mereka kebenaran hakiki.

Mereka menggunakan ayat Al-Qur’an berikut sebagai dalil mereka bagi mengatakan bahawa tidak perlu untuk kita merujuk kepada “syeikh”, yakni tuan-tuan guru yang mendidik hati-hati kami ini.

Firman Allah Subhanahu wa ta’ala yang lebih kurang maksudnya:“Wahai orang-orang yang beriman! Taatilah Allah dan taatilah Rasul (Muhammad), dan ulil amri (pemegang kekuasaan) di antara kamu. Kemudian, jika kamu berbeza pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah kepada Allah (Al-Qur’an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu, lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.”

(Surah An-Nisaa’, ayat 59)

Disebabkan oleh dalam ayat Al-Qur’an ini ada menyatakan supaya kita kembali merujuk kepada Al-Qur’an dan As-Sunnah apabila ada perselisihan pendapat, maka dengan mudahnya mereka mengatakan bahawa kita tidak perlu kepada “syeikh” sebagai rujukan. Ya Allah! Apabila kita renungi secara rasional dan teliti, ternyata kenyataan itu adalah terlalu angkuh dan malah kenyataan tersebut dengan sendirinya bercanggah dengan ajaran Al-Qur’an dan As-Sunnah. Saya bukanlah seorang ulama, tetapi saya hanyalah seorang penuntut ilmu yang faqir. Justeru, saya hadirkan di sini beberapa hujah mudah yang merupakan butir-butir mutiara yang saya kumpulan daripada pengajaran tuan guru yang saya kasihi, Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin Al-Maliki.

Firman Allah Subhanahu wa ta’ala yang lebih kurang maksudnya:“Dan Kami tidak mengutus sebelum engkau (Muhammad), melainkan orang laki-laki yang Kami beri wahyu kepada mereka; maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui.” (Surah An-Nahl, ayat 43)

Firman Allah Subhanahu wa ta’ala yang lebih kurang maksudnya:“...Katakanlah, ‘Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?’ Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran.” (Surah Az-Zumar, ayat 9)

Firman Allah Subhanahu wa ta’ala juga, yang lebih kurang maksudnya:“Dan perumpamaan-perumpamaan ini Kami buat untuk manusia; dan tidak ada yang akan memahaminya kecuali mereka yang berilmu.” (Surah Al-Ankabut, ayat 43)

Kemudian, terdapat juga beberapa hadith yang menunjukkan kepada kita tentang keutamaan orang yang berilmu, sekaligus mengajar kita betapa perlunya kita merujuk dan berguru dengan mereka. Hadith-hadith ini saya petik daripada kitab Mukhtasar Ihya’ ‘Ulumuddin oleh Imam Al-Ghazali yang merupakan ringkasan kepada karya monumental beliau yakni Ihya’ ‘Ulumuddin.

Sabda Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam yang bermaksud: “Para ulama adalah waris para nabi.”

Dalam hadith yang lain pula Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam bersabda yang bermaksud: “Manusia yang darjatnya paling dekat pada kenabian adalah ahli ilmu dan ahli jihad. Adapun ahli ilmu kerana mereka telah menunjukkan manusia pada apa yang dibawa Rasul. Sedangkan ahli jihad kerana mereka telah memperjuangkan dengan pedang mereka apa yang dibawa Rasul.”

Ketika mengutus Mu’adz ke Yaman, Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam bersabda yang bermaksud:“Seandainya Allah memberi petunjuk kepada seseorang kerana perantaraan kamu, maka itu lebih baik bagimu daripada dunia dan seisinya.”

Nah, ayat-ayat Al-Qur’an dan Hadith-hadith yang dinyatakan di atas menjadi hujah dan dalil tentang kemuliaan golongan ulama, dan inilah para “syeikh” yang dikatakan oleh mereka yang tidak mengerti itu sebagai ‘orang yang kita tidak perlukan’. Memang benar kita perlu merujuk kepada Al-Qur’an dan As-Sunnah. Namun, persoalannya, siapakah yang akan mengajar kita isi kandungan Al-Qur’an dan As-Sunnah, kalau bukan tuan-tuan guru kita tersebut? Apakah kita ini semua sudah begitu hebat dan mantap ilmu kita sehingga kita mampu untuk merujuk secara langsung kepada Al-Qur’an dan Al-Hadith? Apabila ada pihak yang merasakan bahawa kita tidak memerlukan kepada “syeikh” ini, maka ternyata mereka adalah pihak yang sombong dan angkuh dengan ilmu! Golongan seperti ini seolah-olah merasakan bahawa ilmu agama mereka sudah begitu mantap. Ya Allah!

Post ini adalah cetusan fikrah Timb Presiden PKPIM, Baca sepenuhnya di http://www.pkpim.net/v2/utama/447.html?task=view