Wednesday, September 16, 2009
Memperkasa sistem pendidikan di dalam medan dakwah PEPIAS;Peluang & Ancaman
Medan dakwah
Pendidikan merupakan aset utama di dalam membentuk sumber dan modal insan. Bahkan semua negara meletakkan pendidikan sebagai aspek utama di dalam perlembagaan tertinggi masing-masing. Contohnya, Indonesia pada fasal 31, ayat 1 menjelaskan bahawa
"Setiap warga negara berhak mendapat pendidikan".
Cara pendidikan memainkan peranan penting kepada perolehan yang bermanfaat kepada agama, bangsa dan tanah air. Pendidikan bermaksud proses pembelajaran berterusan yang memerlukan sumber yang bersesuaian secara langsung atau tidak langsung. Pendidikan terbahagi kepada dua iaitu Pendidikan formal dan Pendidikan tidak formal.
Pendidikan formal merupakan pendidikan normal yang dilihat mempunyai kesinambungan yang kukuh di negara ini.Zaman semakin kehadapan, kemerdekaan Malaysia menampakkan ciri-ciri kematangan di dalam sistem pendidikan. Tambahan pula, kerajaan pada hari ini menunjukkan komitmen yang tinggi di dalam pendidikan. Buktinya, portfolio pendidikan diletakkan di atas bahu Timbalan Perdana Menteri Malaysia, jawatan nombor dua paling kanan di dalam pentadbiran kerajaan pusat. Pendidikan ini didasari oleh kerangka yang bercambah pada hari ini dengan baik dan tersusun rapi melalui cabang-cabang kompleks sehingga sukar untuk diterjemahkan dengan tulisan yang ringkas ini. Seharusnya diyakini rakyat Malaysia, pendidikan umum secara formal dilihat telah melalui zaman yang pelbagai dan kritikal.
Namun, keseimbangan ini tidak akan lengkap sepenuhnya jika badan kerajaan iaitu pentadbiran kementerian Pelajaran, Kementerian Pendidikan Tinggi bersama-sama institusi kerajaan bergerak di dalam kelompok tersendiri sahaja. Melalui pemikiran inilah, badan bukan kerajaan harus kehadapan memainkan peranan tersendiri terutama memberi keseimbangan pendidikan melalui pendidikan tidak formal terutamanya. Gagasan pemikiran yang bervariasi telah memurnikan lagi sebenarnya sistem pendidikan negara. Kita harus menyedari bahawa di zaman tanpa sempadan ini, perlu ada sokongan pendidikan di segenap pelusuk cara dan strategi. Maka disinilah peranan PEPIAS di dalam menyahut seruan pendidikan berteraskan dakwah di peringkat belia. Semakin kecil skop yang dimainkan oleh sesebuah badan bukan kerajaan, sebenarnya semakin hebat cabaran memurnikan modal insan yang ada. Tambahan lagi apabila melihat golongan sasaran yang begitu tepat dengan keadaannya mencari identiti dan jati diri sendiri. Itulah golongan belia yang bakal menjadi nadi kepada kepimpinan induk negara pada masa akan datang.
Selayaknya, PEPIAS harus berterusan membuktikan bahawa badan ini sentiasa relevan dengan masa dan situasi. Keadaan yang semakin diselirati akar-akar idea dan doktrin luar merebahkan pohon-pohon jati diri dan budaya asli belia-belia melayu.Tidak terlalu berselindung untuk mengatakan kita sebenarnya bukan lagi diancam oleh budaya asing yang bertentangan dengan norma timur, tetapi telah menjadi mangsa kepada serangan saraf penuh taktikal sejak sekian lama. Benarlah, kecemerlangan yang datang ini telah disusun rapi oleh kebatilan lalu mengalahkan kebenaran yang sebenarnya patut kita akui perlu dirangka dengan lebih jitu dan strategik. Kita haruslah bersikap terbuka di dalam membuat pemilihan jalan dakwah dengan memberi laluan kepercayaan kepada semua badan dakwah untuk membentuk “Base camp” berorientasi pengaruh kepimpinan dakwah di serata tempat. Dengan menutup pintu kepada organisasi lain termasuklah yang selari dengan perjuangan ini seperti ABIM, JIM, & PERKIM sebenarnya menjadikan kita terpencil dan terus berada dalam mimpi indah sendiri. Pengurusan haruslah strategik seandainya tidak mahu proses kaderisasi terencat kerana setiap dari ahli kita merupakan sukarelawan yang mahu menyerahkan hati untuk bersama-sama dengan kita. Seandainya ada yang pergi kerana kesilapan kita, salahkan diri kerana menganggap sendiri sebagai pertuanan autokratik di tempat sendiri. Maka pendidikan ini tidak akan dimanfaatkan secara keseluruhan.
Seharusnya setiap ahli benar-benar mengakui bahawa ahli yang komited terhadap sistem kepimpinan pendidikan mengakui dengan hati terbuka bahawa PEPIAS adalah salah satu dari wadah perjuangan bukan satu-satunya wadah perjuangan yang ada , pada masa yang sama haruslah mencintai wadah ini dengan sepenuh hati supaya kita akan dapat melihat kader-kader dakwah subur di dalam taman-taman pendidikan. Semoga kader-kader yang ada mewarisi perjuangan murni secara lebih terbuka demi mencapai cita-cita ingin melihat dakwah dan ahli terus subur.Dicampak ke langit, menjadi hujan ditemani pelangi. Dicampak ke laut menjadi butir mutiara bergemelapan dan dicampak ke tanah gersang, mekar menjadi benih yang subur
Monday, September 7, 2009
tam@r 2009 Peringkat Daerah Gombak
Mungkin anda remaja berusia 16-26 tahun? atau adik(betul@angkat@ fasi) anda, kawan2, saudara2, sepupu2 yang berusia 16-26 tahun(Penyertaan peserta yang berada di Daerah Gombak diutamakan yang lain pun bleh)... Kerana... PELUANG KEEMASAN MENANTI ANDA!!!
ABIM GOMBAK yang juga merupakan "Smart Partner" PEPIAS GOMBAK akan menganjurkan TAMRIN @ Ramadhan.
TARIKH:11 & 12 September 2009 (Jumaat & Sabtu)
MASA:5.00 petang – 5.00 petang
TEMPAT:Masjid Sg Chincin, Gombak
Antara Jemputan: Tuan Haji Ahmad Azam Abdul Rahman
Naib Presiden WADAH
Ust Ahmad Zawawi Mohd Mughni
Yang Di Pertua ABIM Selangor
Program ini adalah PERCUMA...
InsyaAllahModul Tamrin yang menarik sedang MENANTI anda!!!
Penyertaan @ Sebarang permasalahan. .. Sila hubungi:
Cik Nana 0173110573
Cik Ana 0176106220
Encik Razman 0173314568 @ e-mail kpd saye...(ukhuwah_razman@ yahoo.com)
regards,
Tamrin @ Ramadhan Advisor
Zamani bin Mohd Karulani
Tamrin @ Ramadhan Manager
Encik M. Razman Bin Razali
ABIM GOMBAK yang juga merupakan "Smart Partner" PEPIAS GOMBAK akan menganjurkan TAMRIN @ Ramadhan.
TARIKH:11 & 12 September 2009 (Jumaat & Sabtu)
MASA:5.00 petang – 5.00 petang
TEMPAT:Masjid Sg Chincin, Gombak
Antara Jemputan: Tuan Haji Ahmad Azam Abdul Rahman
Naib Presiden WADAH
Ust Ahmad Zawawi Mohd Mughni
Yang Di Pertua ABIM Selangor
Program ini adalah PERCUMA...
InsyaAllahModul Tamrin yang menarik sedang MENANTI anda!!!
Penyertaan @ Sebarang permasalahan. .. Sila hubungi:
Cik Nana 0173110573
Cik Ana 0176106220
Encik Razman 0173314568 @ e-mail kpd saye...(ukhuwah_razman@ yahoo.com)
regards,
Tamrin @ Ramadhan Advisor
Zamani bin Mohd Karulani
Tamrin @ Ramadhan Manager
Encik M. Razman Bin Razali
Subscribe to:
Posts (Atom)