Wednesday, December 30, 2009

Berakhir PMG 10

1-Saya mewakili YDP dan barisan pimpinan Gombak mengucapkan tahniah atas keberjayaan jawatankuasa PMG 10 mengendalikan program. Program ini berjalan dengan dengan 3 intipati utama iaitu:

a. Pendedahan tentang peluang-peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi.
b. Pendedahan tentang kehidupan di IPT.
c. Menerapkan budaya ilmu dan ingin berjaya dalam diri peserta.

2. Diharapkan produk yang dilahirkan mampu memberi manfaat kepada peserta dan dapat dimanfaatkan sebagai salah satu ilmu asas hari-hari awal nanti berada di IPT. Setelah 4h 3 mlm berkampung di UNISEL, banyak pengalaman yang ada. Tidak kira samada manis ataupun pahit, moga dijadikan iktibar dan panduan dimasa hadapan.

3. Terima kasih juga diucapkan kepada HISEP PEPIAS kerana sudi juga berkampung disini bersama-sama meraikan kenangan yang lama dan berkongsi ilmu kepada adik2 junior, abg Alang, abg komeng, abg hafiz, abg Kam, Abg yasir, dan abg radin.Juga kepada pimpinan Gombak yang turut serta sekurang-kurangnya memberi sokongan moral diketuai oleh

a.Razman razali
b.Azali Md nor
c.Adila Mansor
d-Fatimah Azzahra
e-Abdul Wahab
f-Syida zainudin
g.Nadia mohamed
h.Nor Furqoon Saaidon
i.Fawwaz
j. Asyraf
k.Siti khodijah
l.kwn siti khodijah

4. Semoga program sebegini mendapat hati di semua pihk, selamat berjaya kepada semua.

Sekian
Setiausaha 1, Gombak

Tuesday, December 22, 2009

Usrah Kali ke-3 Sem 2 09/10

Hari: Selasa
Tempat : HS TR 20
Masa: 9 Malam

Datang beramai-ramai

"Membugar idealisme kearah kesyumulan aktivisme"

Wednesday, December 9, 2009

Menelusuri perjalanan hidup di UIA(Sesi usrah selasa-08 dec 2009)

1-Alhamdullilah, usrah dihadiri seramai 14 orang, dimulai dengan ucapan alu-aluan YDP. usrah berkisar tentang perkongsian pengalaman ahli sepanjang berada di UIA dan perancangan peribadi akan datang.

2-Mari kita renungkan, ramai dibelakang tabir kita yang telah menyokong kita di dalam menjadi ilmuwan terutama sekali ayah dan ibu. Kita harus sentiasa beringat untuk membalas jasa mereka dengan mengigati mereka apabila kita sudah berada di profession masing-masing. Bayangkanlah, 7 orang anak dapat di jaga oleh 1 orang ibu, maka adakah 7 adik beradik ini mampu menjaga 1 orang ibu. Begitu juga dengan ayah, seorang ayah boleh mengeluarkan wang belanja hasil titik peluhnya selama bertahun-tahun kepada 7 orang anak. adakah 1 orang anak pun dapat mengeluarkan perbelanjaan untuk belanja perubatan ayah? Kapan masa bertahun2 berada di sisi anak-nya ketika anak baru mengenal hidup...adakah kita akan selalu disisinya bila dia menghabiskan masa-masa terakhirnya..atau kembali berseorangan....

3-Kepada rakan-rakan, agar semua tabah dalam mengharungi kehidupan, ingatlah-misi kita di dunia ini bukan untuk tidak bermasalah, tetapi misi kita adalah untuk terus hidup menerima takdir dan berusaha memperbaiki diri.

Sekian

Tuesday, December 8, 2009

Usrah PEPIAS GOMBAK Sem Baru

Tarikh: 8 Disember 2009
Hari: Selasa
Tempat: HS classroom

Semua ahli PEPIAS GOMBAK dijemput hadir....

"Amalan Usrah Merapat Ukhuwah Membugar Fikrah"