PERHATIAN KEPADA SAHABAT PEPIAS GOMBAK DIMANA JUA ANDA BERADA, ADALAH DIMAKLUMKAN PADA 5 JANUARI AKAN DIADAKAN MESYUARAT UMUM PEPIAS GOMBAK BERSAMA ABIM GOMBAK:
TARIKH : 18 MEI 2010
MASA : 9.15 MLM
TEMPAT : HS TR 20, UIAM
SEMUA SAHABAT PEPIAS GOMBAK DIJEMPUT HADIR UNTUK BERSAMA-SAMA MEMERIAHKAN MESYUARAT INI DEMI KEMASLAHATAN BERSAMA.
"MEMIMPIN UMMAH DIHADAPAN MENGHARAP REDHA TUHAN"
Monday, May 17, 2010
Sunday, May 16, 2010
Rahsia Solat Di AwAL Waktu
Ustaz Zahazan ada menceritakan tentang perubahan tenaga alam yang berlaku setiap kali terjadinya peralihan waktu solat dimana tenaga alam ini mampu diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam sekeliling. Fenomena ini merupakan sesuatu yang tidak asing lagi bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.
Waktu Subuh.
Alam pada ketika ini berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaa dalam frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma badan. Jadi, warna biru muda atau waktu subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/ rezeki atau komunikasi. Merka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama-kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkilkan akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermula saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuh sebenarnya sudah tidak mendapat tenaga yang optimum lagi.
Waktu Zuhur.
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian. warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat solat Zohornya berulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat keceriaannya. Orang yang tengah sakit perut akan ceria ke?
Waktu Asar.
Kemudian warna alam akan berubah ke warna oren, iaitu menandakan masuknya waktu solat Asar di mana spektrum warna pada pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal solat Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ini jasad dan roh seseorang itu terpisah (tidor petang). Dan juga lupa, tenaga pada waktu ini amat diperlukan untuk kecergasan sistem organ-organ reproduktif kita.
Waktu Maghrib.
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan diwaktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua supaya berada di rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna golongan ini pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Merka yang sedang dalam perjalanan disarankan untuk berhenti dahulu pada waktu ini ( solat Maghrib dulu..) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
Waktu Isyak.
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna indigo, dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang sering tertinggal solat Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.
Alam sekarang ini berada dalam kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail. Begitulah secara ringkas berkaitan waktu solat denagn warna alam.
Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seprti yoga, qi-qong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke dalam sisitem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah dikurniakan syariat Solat oleh Allah s.w.t. tanpa kita perlu memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.
Hakikat ini sepatutnya menginsafkan kita bahwa Allah s.w.t. mewajibkan solat ke atas hambaNya atas sifat pengasih dan penyayangNya sebagai pencipta kerana Dia tahu hambaNya ini amat-amat memerlukanNya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalm menghadiri kelas yoganya...wallahu'alam...
p/s: Artikel ini merupakan sebahagian daripada pengisisan Usrah PEPIAS Gombak yang telah diadakan pada hari Khamis 13hb Mei 2010 yang disampaikan oleh exco Perhubungan dan Informasi (BPI) Gombak, Nurul Jannah Binti Mohd Johari.
Subscribe to:
Posts (Atom)