Rasulullah SAW telah bersabda (maksudnya) bahawa :
"Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail (astws) telah berkata
kepadaku :
Berkata Jibril AS - "Wahai Rasulullah SAW, barang siapa yang membaca
selawat keatasmu setiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan aku
bimbing tangannya dan membawanya melintasi titian seperti kilat
menyambar".
Berkata Mikail AS - "Mereka yang berselawat keatas mu, akan aku
memberi mereka minum dari telaga mu"
Berkata Israfil AS - "Mereka yang berselawat keatas mu, akan aku
sujud kepada Allah SWT dan aku tidak akan mengangkat kepalaku
sehingga Allah SWT mengampuni orang itu"
Berkata Izrail AS - "Bagi mereka yang berselawat keatasmu, akan aku
cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut
ruh para anbia.
Ada Ulama Sufi yang mengatakan bahawa Iblis dan Syaitan pun
berzikir. Dalilnya ialah semasa mereka nak menyesatkan Anak Adam
mereka meminta izin Allah s.w.t "
Iblis berkata: Demi kekuasaanMu, aku akan menyesatkan mereka
semuanya, Kecuali hamba-hambaMu di antara zuriat-zuriat Adam itu
yang dibersihkan dari sebarang kederhakaan dan penyelewengan. "
(Surah Sod 38, ayat 82-83)
Permintaan diatas ternyata yang Iblis pun meminta izin dari Allah
dan mereka pun takutkan Allah...tetapi kerana kesombongan mereka
pada Nabi Adam a.s mereka berdendam dan hasad sehingga hari kiamat.
Oleh kerana kesombongan mereka, Allah melaknati mereka kerena ingkar
dengan perintahNya untuk bersujud pada Nabi Adam a.s. (baca sejarah
Nabi Adam dan Iblis)
Sebab itulah umat manusia disuruh banyak berselawat keatas Baginda
Khatamul Anbiya yang mendatangkan Rahmat Seluruh Alam
(Rahmatalil' Alamin) supaya meraih kebahagiaan, kesentosaan dan
ketenangan yang datang cari cahaya Rasulullah s.a.w.
Dan dengan Selawat yang ikhlas dan banyak juga boleh menundukkan
kesombongan kita yang Zahir atau Batin, menghilangkan kedukacitaan,
menjauhkan dari penyakit-penyakit hati (Sifat Mazmumah) dan yang
penting sekali iaitu mendatangkan Kasih dan Redha Allah s.w.t
"Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi; wahai
orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta
ucapkanlah salam dengan penghormatan yang sepenuhnya." (Surah 33; Al-
Ahzab, Ayat 56)