Geram dan marah dirasakan apabila mendengarkan ada ‘penceramah agama’ mengeluarkan kenyataan yang terlalu angkuh dan sombong; lebih menggeramkan apabila kenyataan itu dibuat dalam keadaan menyandarkan diri mereka sebagai pendokong “ahli sunnah wal jama’ah”, sedangkan pada hakikatnya mereka tidak memahami asas-asas aqidah ahli sunnah wal jama’ah. Jika tidak kerana mengenangkan bahawa guru saya juga belum pernah menyebut nama individu apabila membidas kenyataan-kenyataan serta fahaman-fahaman yang tidak betul ini, maka pasti akan saya sebut nama individu tersebut, serta nama mereka yang berfahaman sealiran dengannya di sini dan akan saya ganyang namanya habis-habisan.
Saya sangat marah dengan geram dengan kenyataan angkuh yang mereka keluarkan: bahawa kita selaku umat Islam pada hari ini tidak perlu merujuk kepada “syeikh”, tetapi sebaliknya cukup sekadar merujuk kepada Al-Qur’an dan As-Sunnah. Dengan penuh angkuh mereka menyatakan bahawa umat pada hari ini tidak memerlukan kepada “syeikh”. Hal ini demikian, kerana menurut fahaman mereka, bahawa “syeikh” ini akan banyak mengajar kepada kesesatan, yakni perkara-perkara yang menyimpang jauh daripada Al-Quran dan As-Sunnah. Ya Allah! Semoga Allah mengampunkan mereka serta membuka pintu hati mereka untuk menerima cahaya Hidayah bagi menunjuki mereka kebenaran hakiki.
Mereka menggunakan ayat Al-Qur’an berikut sebagai dalil mereka bagi mengatakan bahawa tidak perlu untuk kita merujuk kepada “syeikh”, yakni tuan-tuan guru yang mendidik hati-hati kami ini.
Firman Allah Subhanahu wa ta’ala yang lebih kurang maksudnya:“Wahai orang-orang yang beriman! Taatilah Allah dan taatilah Rasul (Muhammad), dan ulil amri (pemegang kekuasaan) di antara kamu. Kemudian, jika kamu berbeza pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah kepada Allah (Al-Qur’an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu, lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.”
(Surah An-Nisaa’, ayat 59)
Disebabkan oleh dalam ayat Al-Qur’an ini ada menyatakan supaya kita kembali merujuk kepada Al-Qur’an dan As-Sunnah apabila ada perselisihan pendapat, maka dengan mudahnya mereka mengatakan bahawa kita tidak perlu kepada “syeikh” sebagai rujukan. Ya Allah! Apabila kita renungi secara rasional dan teliti, ternyata kenyataan itu adalah terlalu angkuh dan malah kenyataan tersebut dengan sendirinya bercanggah dengan ajaran Al-Qur’an dan As-Sunnah. Saya bukanlah seorang ulama, tetapi saya hanyalah seorang penuntut ilmu yang faqir. Justeru, saya hadirkan di sini beberapa hujah mudah yang merupakan butir-butir mutiara yang saya kumpulan daripada pengajaran tuan guru yang saya kasihi, Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin Al-Maliki.
Disebabkan oleh dalam ayat Al-Qur’an ini ada menyatakan supaya kita kembali merujuk kepada Al-Qur’an dan As-Sunnah apabila ada perselisihan pendapat, maka dengan mudahnya mereka mengatakan bahawa kita tidak perlu kepada “syeikh” sebagai rujukan. Ya Allah! Apabila kita renungi secara rasional dan teliti, ternyata kenyataan itu adalah terlalu angkuh dan malah kenyataan tersebut dengan sendirinya bercanggah dengan ajaran Al-Qur’an dan As-Sunnah. Saya bukanlah seorang ulama, tetapi saya hanyalah seorang penuntut ilmu yang faqir. Justeru, saya hadirkan di sini beberapa hujah mudah yang merupakan butir-butir mutiara yang saya kumpulan daripada pengajaran tuan guru yang saya kasihi, Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin Al-Maliki.
Firman Allah Subhanahu wa ta’ala yang lebih kurang maksudnya:“Dan Kami tidak mengutus sebelum engkau (Muhammad), melainkan orang laki-laki yang Kami beri wahyu kepada mereka; maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui.” (Surah An-Nahl, ayat 43)
Firman Allah Subhanahu wa ta’ala yang lebih kurang maksudnya:“...Katakanlah, ‘Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?’ Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran.” (Surah Az-Zumar, ayat 9)
Firman Allah Subhanahu wa ta’ala juga, yang lebih kurang maksudnya:“Dan perumpamaan-perumpamaan ini Kami buat untuk manusia; dan tidak ada yang akan memahaminya kecuali mereka yang berilmu.” (Surah Al-Ankabut, ayat 43)
Kemudian, terdapat juga beberapa hadith yang menunjukkan kepada kita tentang keutamaan orang yang berilmu, sekaligus mengajar kita betapa perlunya kita merujuk dan berguru dengan mereka. Hadith-hadith ini saya petik daripada kitab Mukhtasar Ihya’ ‘Ulumuddin oleh Imam Al-Ghazali yang merupakan ringkasan kepada karya monumental beliau yakni Ihya’ ‘Ulumuddin.
Sabda Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam yang bermaksud: “Para ulama adalah waris para nabi.”
Dalam hadith yang lain pula Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam bersabda yang bermaksud: “Manusia yang darjatnya paling dekat pada kenabian adalah ahli ilmu dan ahli jihad. Adapun ahli ilmu kerana mereka telah menunjukkan manusia pada apa yang dibawa Rasul. Sedangkan ahli jihad kerana mereka telah memperjuangkan dengan pedang mereka apa yang dibawa Rasul.”
Ketika mengutus Mu’adz ke Yaman, Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam bersabda yang bermaksud:“Seandainya Allah memberi petunjuk kepada seseorang kerana perantaraan kamu, maka itu lebih baik bagimu daripada dunia dan seisinya.”
Nah, ayat-ayat Al-Qur’an dan Hadith-hadith yang dinyatakan di atas menjadi hujah dan dalil tentang kemuliaan golongan ulama, dan inilah para “syeikh” yang dikatakan oleh mereka yang tidak mengerti itu sebagai ‘orang yang kita tidak perlukan’. Memang benar kita perlu merujuk kepada Al-Qur’an dan As-Sunnah. Namun, persoalannya, siapakah yang akan mengajar kita isi kandungan Al-Qur’an dan As-Sunnah, kalau bukan tuan-tuan guru kita tersebut? Apakah kita ini semua sudah begitu hebat dan mantap ilmu kita sehingga kita mampu untuk merujuk secara langsung kepada Al-Qur’an dan Al-Hadith? Apabila ada pihak yang merasakan bahawa kita tidak memerlukan kepada “syeikh” ini, maka ternyata mereka adalah pihak yang sombong dan angkuh dengan ilmu! Golongan seperti ini seolah-olah merasakan bahawa ilmu agama mereka sudah begitu mantap. Ya Allah!
Post ini adalah cetusan fikrah Timb Presiden PKPIM, Baca sepenuhnya di http://www.pkpim.net/v2/utama/447.html?task=view
1 comment:
Loh.. Abang ingat penulisan Man. Abang yakin man bakal mengeluarkan penulisan yang bererti. Tahniah update..Teruskan.
Post a Comment