Thursday, November 12, 2009
ISFEST 09
Program: Festival Pelajar Islam Selangor (Bersempena Muktamar Agong PEPIAS kali ke-18)
Tarikh: 20-22 November 2009
Tempat: Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
Events bakal berlansung:
1) MUKTAMAR AGONG TAHUNAN PEPIAS KALI KE-18
2) KARNIVAL SUKAN PELAJAR ISLAM SELANGOR
3) GEGAR REMAJA ISLAM SELANGOR
4) MAJLIS MAKAN MALAM PEPIAS
5) PAMERAN KERJAYA DAN IPTA-IPTS SELANGOR
6) WACANA AKTIVIS MUDA ISLAM
7) HARI KELUARGA PEPIAS
PEPIAS GOMBAK akan sama turut serta MUKTAMAR AGONG PEPIAS kali ke-18, justeru itu kita memerlukan:
1) Wakil pemerhati
* Berminat sila emailkan (Nama Penuh, IC-No, Tel No dan e-mail anda) ke razman_pepias@yahoo.com
2) Cadangan usul : (Tarbiyah, Kaderisasi, Kepimpinan, Helwani dan pengurusan)
* Sila e-mailkan cadangan usul anda untuk dipertimbangkan oleh pimpinan PEPIAS Gombak ke email razman_pepias@yahoo.com
Maklumat lanjut IsFesT 09 sila layari www.isfest09.blogspot.com
Terima kasih
"Bertemu dalam ketaatan bersatu dalam perjuangan"
Tuesday, November 3, 2009
Mana Milik Kita?
Ucapan Tahniah Kepada Pengarah Lafas Sdr Rozaidi kerana berjaya meletakkan diri anda dalam satu daerah perjuangan Kaderisasi dakwah yang amat luar biar hebat. Sesungguhnya... Keterlibatan dari semua yang telah terlibat PasTi ada ganjaran yang luar biasa hebat untuk kalian...
Justeru itu kepada sesiapa yang telah diprogramkan itu khususnya kepada adik2 LaFas 2009, marilah mengembara kedalam diri dan kembali menjengah kedalam diri kita agar kita kenali sesuatu yang luar biasa hebat pada diri kita... Akal Fikiranmu yang waras bakal menampakkan sesuatu dalam diri kamu iaitu Kebesaran Allah...
Lihat jugalah sekeliling kamu... kawan2 kita... adik2 kita... ibu2 kita... ayah2 kita.... ada sebahagiannya masih lagi meminta tolong agar ditunjukkan jalan untuk menerjah kedalam suatu ketenangan dan kedamaian dalam diri untuk menjadi insan yang diredhai Allah... Sirah Anbiya' telah cukup menceritakan sedahsyat-dahsyat pengorbanan dan penyerahan kepada mengabdikan diri kepada Allah... Lihatlah bagaimana mereka berjuang... dan contohilah mereka.... Tidak pula hawa nafsu dan amarah yang membuah dendam kesumat tersemat dihati mereka... kerana mereka tahu sesungguhnya Allah amat membenci permusuhan sesama muslim.
Dalam kegirangan melihat wadah ini berlansung, hati kecil kita pasti tenang melihat dan menerobos kedalam mata2 dan hati teman seperjuangan, Hati yang sentiasa berzikir untuk terus berjuanga ini pasti menjadi suatu motivasi luar biasa kita yang akan membentuk diri menjadi hamba allah yang bersyukur dan beramal...
Marilah kita teruskan berusaha dan menguatkan usaha untuk mempersembahkan yang terbaik kepada Allah kerana sesungguhnya... Allah amat merindui merka yang berjalan dijalanNYA... Semoga Syahid adalah matlamat kita....
Lalu terimalah hadiah lagu ini buat renungan bersama...
"Mana Milik Kita"
By:Rabbani
Mana milik kita?
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya
Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya
Kita Allah punya
Dunia ini ciptaan-Nya
Miliklah apa saja
Tidak terlepas dari ciptaan-Nya
Mana kita punya
Tidak ada kepunyaan kita
Kita hanya mengusahakan
Apa yang telah ada
Mengapa kita sombong
Memiliki Allah punya
Mengapa tidak malu
Kepada Allah yang empunya
Patut bersyukur kepada Allah
Yang memberi segalanya
Malulah kepada Allah
Kerana milik Ia punya
Janganlah berbangga
Apa yang ada pada kita
Kalau Allah tidak beri
Kita tidak punya apa-apa
Janganlah mengungkit
Mengungkit jasa kita
Jasa kita di sisi-Nya
Yang sebenarnya Allah punya
Marilah kita bersyukur
Bukan berbangga
Bersyukur kepada Allah
Bukan mengungkit jasa
Gunakanlah nikmat Allah itu
Untuk khidmat kepada-Nya
Selepas itu lupakan saja
Agar tidak mengungkit-ungkitnya
P/S-Teruskan perjuangan EXAM juga buat semua sahabat UIA... Sesungguhnya tiada apa yang lebih membahagiakan selain melihatmu berjaya di dunia dan Akhirat.... :-)
Sunday, November 1, 2009
LAKEP(Latihan Kefasilitatoran & Pengurusan)
1- Kami di pihak cawangan Gombak mengucapkan tahniah kepada cawangan MMC kerana berjaya melaksanakan program LAKEP dengan baik. Diharapkan dengan habisnya program ini menjadi satu anjakan kepada peserta untuk maju dan menjadi fasilitator yang baik bagi melaksanakan program-program pembangunan modal insan di seluruh Negeri Selangor.
2-Kami di pihak Cawangan Gombak memohon kemaafan kerana tidak ramai yang dapat turun ke program kerana di ambang musim peperiksaan. Walau bagaimanapun, saya bersama dengan izzati dan Ramzan berjaya turun untuk memberi sokongan kepada adik-adik cawangan kampus. Kami harapkan POA yang telah dirangka dapat dilaksanakan dengan baik kerana kayu ukur kursus bukan terletak kepada keseronokan program semata-mata, tetapi kepada keberkesanan POA. Kami doakan semoga adik-adik terutama dari cawangan Bangi dan MMC meneruskan kesinambungan kerjasama yang wujud ini.
3-Cuma secara peribadi,di dalam setiap program ada perkara yang harus diperhatikan melibatkan sensitiviti. Saya mendapat khabar ada pemimpin yang tidak mengalu-alukan kedatangan ahli PEPIAS. Ini tidak sepatutnya terjadi sebagai seorang yang berfiran waras dan ilmiah. Hinggakan datang ke rumah miskin kita mesti mengalu-alukan, kenapa pula kita mahu berkurang ajar mengatakan sesuatu yang tidak harus diucapkan lagi-lagi bila berada di kelompok kepimpinan tertinggi.Maka pemimpin seperti ini tidak layak mendapatkan pengiktirafan oleh mana-mana pihak.Pemimpin jenis inilah sepatutnya tidak dialu-alukan. Dan ingatlah sewaktu Saya mahu meletakkan jawatan 2 kali Di dalam PEPIAS kerana ada salah paham, ramai pemimpin yang bangkit memberikan sokongan untuk terus berada di jalan ini. Tiba-tiba dalam kes lain, datang kelompok ini yang ahli-ahlinya bersemangat melaksanakan misi dakwah, ditolak dengan ugutan tidak mengalu-alukan.Siapakah dia untuk tidak mengiktiraf ahli?.Seandainya berterusan perkara ini, mungkin akan membunuh semangat ahli-ahli yang baru mula nak mengenal dunia dakwah.
4- Saya juga mendapat laporan pemilihan menjadi urusetia di kawal secara "akal kering" oleh sesetengah pemimpin. Sehinggakan mereka yang memiliki autoriti dan paham keadaan semasa tidak boleh membuat keputusan. Ini tidak sepatutnya terjadi kerana menggambarkan kuku besinnya kepimpinan ini. Akhirnya, pimpinan ini dibenci dan ditolak. Maka saya menyeru kepada semua pemimpin PEPIAS, jangan "seronok sendiri" dengan mulut yang dikurniakan. Maka apakah persoalannya, saya yang mempunyai autoriti di dalam menjalankan aktiviti rekreasi tidak boleh membuat kesimpulan dalam aktiviti yang dikendalikan.Ini tidak tepat sama sekali. Sedangkan kita alu-alukan siapa yang nak menyertai di dalam menjalankan dan melaksanakan aktiviti rekreasi,kita berkongsi ilmu dan mneyokong satu sama lain.Bukan menyekat secara membuta tuli.
4-Kami mengucapkan terima kasih kepada Presiden, TYDP dan Helwani yang memberikan sokongan berada di dalam program bahkan mengalu-alukan kita untuk memberi input mengikut flow yang telah dirancang. Kepada adik-adik, kami menyokong sepenuhnya usaha murni ini dan seandainya ada masalah yang meruncing jangan malu dan jangan teragak-agak untuk mendapatkan sokongan kami. Semoga terus mekar di dalam jalan ini dan menjadi lebih baik dari kami.
Setiausaha I, Gombak