Assalamualaikum.
1- Kami di pihak cawangan Gombak mengucapkan tahniah kepada cawangan MMC kerana berjaya melaksanakan program LAKEP dengan baik. Diharapkan dengan habisnya program ini menjadi satu anjakan kepada peserta untuk maju dan menjadi fasilitator yang baik bagi melaksanakan program-program pembangunan modal insan di seluruh Negeri Selangor.
2-Kami di pihak Cawangan Gombak memohon kemaafan kerana tidak ramai yang dapat turun ke program kerana di ambang musim peperiksaan. Walau bagaimanapun, saya bersama dengan izzati dan Ramzan berjaya turun untuk memberi sokongan kepada adik-adik cawangan kampus. Kami harapkan POA yang telah dirangka dapat dilaksanakan dengan baik kerana kayu ukur kursus bukan terletak kepada keseronokan program semata-mata, tetapi kepada keberkesanan POA. Kami doakan semoga adik-adik terutama dari cawangan Bangi dan MMC meneruskan kesinambungan kerjasama yang wujud ini.
3-Cuma secara peribadi,di dalam setiap program ada perkara yang harus diperhatikan melibatkan sensitiviti. Saya mendapat khabar ada pemimpin yang tidak mengalu-alukan kedatangan ahli PEPIAS. Ini tidak sepatutnya terjadi sebagai seorang yang berfiran waras dan ilmiah. Hinggakan datang ke rumah miskin kita mesti mengalu-alukan, kenapa pula kita mahu berkurang ajar mengatakan sesuatu yang tidak harus diucapkan lagi-lagi bila berada di kelompok kepimpinan tertinggi.Maka pemimpin seperti ini tidak layak mendapatkan pengiktirafan oleh mana-mana pihak.Pemimpin jenis inilah sepatutnya tidak dialu-alukan. Dan ingatlah sewaktu Saya mahu meletakkan jawatan 2 kali Di dalam PEPIAS kerana ada salah paham, ramai pemimpin yang bangkit memberikan sokongan untuk terus berada di jalan ini. Tiba-tiba dalam kes lain, datang kelompok ini yang ahli-ahlinya bersemangat melaksanakan misi dakwah, ditolak dengan ugutan tidak mengalu-alukan.Siapakah dia untuk tidak mengiktiraf ahli?.Seandainya berterusan perkara ini, mungkin akan membunuh semangat ahli-ahli yang baru mula nak mengenal dunia dakwah.
4- Saya juga mendapat laporan pemilihan menjadi urusetia di kawal secara "akal kering" oleh sesetengah pemimpin. Sehinggakan mereka yang memiliki autoriti dan paham keadaan semasa tidak boleh membuat keputusan. Ini tidak sepatutnya terjadi kerana menggambarkan kuku besinnya kepimpinan ini. Akhirnya, pimpinan ini dibenci dan ditolak. Maka saya menyeru kepada semua pemimpin PEPIAS, jangan "seronok sendiri" dengan mulut yang dikurniakan. Maka apakah persoalannya, saya yang mempunyai autoriti di dalam menjalankan aktiviti rekreasi tidak boleh membuat kesimpulan dalam aktiviti yang dikendalikan.Ini tidak tepat sama sekali. Sedangkan kita alu-alukan siapa yang nak menyertai di dalam menjalankan dan melaksanakan aktiviti rekreasi,kita berkongsi ilmu dan mneyokong satu sama lain.Bukan menyekat secara membuta tuli.
4-Kami mengucapkan terima kasih kepada Presiden, TYDP dan Helwani yang memberikan sokongan berada di dalam program bahkan mengalu-alukan kita untuk memberi input mengikut flow yang telah dirancang. Kepada adik-adik, kami menyokong sepenuhnya usaha murni ini dan seandainya ada masalah yang meruncing jangan malu dan jangan teragak-agak untuk mendapatkan sokongan kami. Semoga terus mekar di dalam jalan ini dan menjadi lebih baik dari kami.
Setiausaha I, Gombak
6 comments:
waalaikumussalam
berani kerana benar....
andai kata ini kebenaran, perbaikilah kelemahan agar tidak berlarutan dan melarat
andaikata ini hanyalah pandangan peribadi,
maka nasihatilah sebaik mungkin agar tidak menjadi permusuhan
andaikata ini kelemahan
bersama2lah kita memperbaiki
WaAllahua'lam
saya menyokong ape yang abg cakapkan itu..memnag benar benda ini berlaku sejak akhir2 ini. dan sudah nampak kerapuhan pimpinan sekarang. namun saya harap apa yang berlaku tidak membawa permusuhan antara beberapa pihak. perkara ini akan merosakkan lagi perjalan dakwah yang telah kita aturkan. Marilah kita wujudkan satu multaqa bersama unutk memperbaiki masalh yg berlaku agar dapat perbaiki hubungan kita ini.
Ape2pun abg S/U 1 gombak, saya sokong kenyataan berani abg itu..dan setuju dengan ape yg abg nyatakan.moga2 ade perubhn kepada pimpinan yang terlibt selepas ini.
nantikan artikel saya di blog pepiasbangi mengenai isu ini
sy juga turut bersetuju dengan kritikan2 yg membina..berani kerana benar..teruskan usaha jika yakin kebenaran bersama kt.usah toleh kebelakang.terus mendayung kedpn..kita tengok sapa yang kena..wassalam..
Salam..
''Yang Kuat di kalangan kamu adlah yang lemah di pandanganku...yang lemah di kalanganku adlah yang kuat di pandangaku''
Pergerakan jemaah pada hari ini semakin hilang semangat untuk terus berjuang..
sudahlah kita di hidangkan dengan generasi muda islam hari ini yang tandus semangat perjungan kini kita di hidangkan dengan serangan-serangan yang melemahkan semangat kita untuk terus berjuang..
wahai sahabat-sahabat..
jangan berhenti lakukan kerja ini.
kaderla seramai mungkin..
jangan ada perbezaan di kalangan kita..
andai ada perbezaan carilah persamaan dalam perbezaa.
ape pulak ade yang kate kita x alu2kan orang yang masuk jemaah malah kalo anda nak keluar..keluarlah..
dimana semangat persaudaraan pada mereka yang berkata begini???
dimana sense of belonging orang yang berkata begini??
kuasa memasukkan ahli dan mengeluarkan ahli di tangan anda ke??
banyak kebobrokan yang saya ingin utarakan di sini..
namun siapelah saya..
tiadak mpunyai kuasa u mgambil dan mengeluarkan ahli dalam jemaah
wasalam..
BIRO LATIHAN DAN KEPIMPINAN PEPIAS GOMBAK
“Kita hendaklah memulakan (mengiktiraf) hak kebebasan bersuara, bukan menghalang kebebasan bersuara. Secara dasar dan prinsip asasnya, manusia bebas bersuara melainkan beliau menyalahgunakan kebebasan itu,”
1-Kita tidak mahu lihat siapa yang kena, yang akhirnya mungkin akan memakan diri semua pihak. Ini tidak patut berlaku pada diri yang mengaku sebagai seorang sukarelawan. Kerana apabila kena,ini bukan kubur yang boleh digali dan ditimbus untuk dikebumikan. Kalau tak kena pada kita takpalah kena pada orang lain, sementara kita ambil pedoman.Tapi kalau kena pada kita, kita masih tidak mahu terima, maka tidak ada apa pada kebenaran yang di sokong itu.
2. Saya di dalam usaha menghurai tajuk "jalan tengah yang tidak selamat".
Sekian, terima kasih
S/U I
Post a Comment