Ucapan Tahniah Kepada Pengarah Lafas Sdr Rozaidi kerana berjaya meletakkan diri anda dalam satu daerah perjuangan Kaderisasi dakwah yang amat luar biar hebat. Sesungguhnya... Keterlibatan dari semua yang telah terlibat PasTi ada ganjaran yang luar biasa hebat untuk kalian...
Justeru itu kepada sesiapa yang telah diprogramkan itu khususnya kepada adik2 LaFas 2009, marilah mengembara kedalam diri dan kembali menjengah kedalam diri kita agar kita kenali sesuatu yang luar biasa hebat pada diri kita... Akal Fikiranmu yang waras bakal menampakkan sesuatu dalam diri kamu iaitu Kebesaran Allah...
Lihat jugalah sekeliling kamu... kawan2 kita... adik2 kita... ibu2 kita... ayah2 kita.... ada sebahagiannya masih lagi meminta tolong agar ditunjukkan jalan untuk menerjah kedalam suatu ketenangan dan kedamaian dalam diri untuk menjadi insan yang diredhai Allah... Sirah Anbiya' telah cukup menceritakan sedahsyat-dahsyat pengorbanan dan penyerahan kepada mengabdikan diri kepada Allah... Lihatlah bagaimana mereka berjuang... dan contohilah mereka.... Tidak pula hawa nafsu dan amarah yang membuah dendam kesumat tersemat dihati mereka... kerana mereka tahu sesungguhnya Allah amat membenci permusuhan sesama muslim.
Dalam kegirangan melihat wadah ini berlansung, hati kecil kita pasti tenang melihat dan menerobos kedalam mata2 dan hati teman seperjuangan, Hati yang sentiasa berzikir untuk terus berjuanga ini pasti menjadi suatu motivasi luar biasa kita yang akan membentuk diri menjadi hamba allah yang bersyukur dan beramal...
Marilah kita teruskan berusaha dan menguatkan usaha untuk mempersembahkan yang terbaik kepada Allah kerana sesungguhnya... Allah amat merindui merka yang berjalan dijalanNYA... Semoga Syahid adalah matlamat kita....
Lalu terimalah hadiah lagu ini buat renungan bersama...
"Mana Milik Kita"
By:Rabbani
Mana milik kita?
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya
Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya
Kita Allah punya
Dunia ini ciptaan-Nya
Miliklah apa saja
Tidak terlepas dari ciptaan-Nya
Mana kita punya
Tidak ada kepunyaan kita
Kita hanya mengusahakan
Apa yang telah ada
Mengapa kita sombong
Memiliki Allah punya
Mengapa tidak malu
Kepada Allah yang empunya
Patut bersyukur kepada Allah
Yang memberi segalanya
Malulah kepada Allah
Kerana milik Ia punya
Janganlah berbangga
Apa yang ada pada kita
Kalau Allah tidak beri
Kita tidak punya apa-apa
Janganlah mengungkit
Mengungkit jasa kita
Jasa kita di sisi-Nya
Yang sebenarnya Allah punya
Marilah kita bersyukur
Bukan berbangga
Bersyukur kepada Allah
Bukan mengungkit jasa
Gunakanlah nikmat Allah itu
Untuk khidmat kepada-Nya
Selepas itu lupakan saja
Agar tidak mengungkit-ungkitnya
P/S-Teruskan perjuangan EXAM juga buat semua sahabat UIA... Sesungguhnya tiada apa yang lebih membahagiakan selain melihatmu berjaya di dunia dan Akhirat.... :-)
5 comments:
1-Semoga kita dijauhkan dari sikap membenci dan teguran yang dibuat kita terima dengan berlapang dada. Seperkara yang harus diingat, tuhan lebih benci pada mereka yang menuduh tanpa usul periksa, dan tuhan lebih benci kepada mereka yang memperleceh seseorang walaupun ada sebab yang tersurat.Inilah yang kita pandang, bukan semata-mata menilai kemarahan orang, tetapi mencari punca kemarahan lebih baik di dalam menyelasaikan masalah.
azizan
Dan Janganlah pula sehingga hawa nafsu yang membelenggu menjadikan kita hilang rasionalisme kite... Carilah jalan perdamaian bukan menabur permusuhan... InsyaAllah semua akan diraikan sebagai ahli Pepias yang berjasa... Biarkan penilaian yang tepat diletakkan pada Allah... Solat malam dan menangislah mencari kekurangan diri bukan mengungkit-ungkit jasa...
:-)
2-Tuduhan mengungkit-ungkit jasa inilah yang sebenarnya merosakkan imej dan rasionalisme seseorang. Kita tidak seharusnya menggunakan nama Islam sebagai jalan untuk menyelesaikan kes pada masa yang sama mengata keburukan orang lain. Ini tidak sepatutnya berlaku sebagai seorang Islam dan pentuntut ilmu islam.
3-Anonymus solat malam, lalu di dakwa anonymus mengungkit-ungkit dalam hal beliau di dalam beribadah dan menyucikan diri.Sudah tentu, ini dakwaaan yang tidak berasas dan sudah tentu anonymous pun tidak selesa dengan kenyataan ini.
4-Semoga cadangan anonymus(saya komen walaupun di dalam adabul iktilaf harus memperkenalkan diri dahulu)ini dapat dijadikan contoh orang-orang yang berfikiran rasional. Saya juga berkira-kira bahawa hubungan dengan manusia perlu diselesaikan dengan manusia, tiada nilainya pemohonan keampunan dari tuhan jika tidak mendapat keampunan di bumi.
Azizan
dalam mencari kekuatan byk sungguh mihnah atau tribulasi yg akan menimpa walau dari teman perjuangan sendiri namun apa yg pasti konsep perjuangan jamie ini perlu diteruskan dan sikap menghargai dan meraikan perlu dipupuk agar dakwah ini dirasakan sebagai sebuah medan atau taman yg indah utk sesiapa penghuninya....abg alang
Diakhir perjuangan ini tiada siapa lagi yang akan menyertainya... yang tinggal hanyalah mereka yang ikhlas kepada Allah dan RasulNya... -ahli
Post a Comment