Thursday, January 8, 2009
PERBINCANGAN ISU PALESTIN
TEMPAT: UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA, ADM LR 10
ANJURAN: BIRO PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN SOSIAL PEPIAS PUSAT
*KEHADIRAN DIWAJIBKAN KEPADA PIMPINAN PUSAT DAN PIMPINAN PEPIAS GOMBAK
"BERTEMU DALAM KETA'ATAN, BERSATU DALAM PERJUANGAN"
Wahai MUJAHIDUN di Jalan Allah!!
Ayyuhal Mujahidun di Seluruh Dunia Di mana saja anda berada!!
Buanglah rasa takut di dada kalian
Meskipun kalian dalam keadaan sempit dan sedikit
Allah dan Para MalaikatNYA
Akan Menolong kalian dari jalan yang tidak terduga-duga
Dan Ayyuhal Mujahidun........
Tidak ada Kemuliaan dalam hidup seorang Muslim
Kecuali MATI SYAHID di Jalan ALLAH....
*Kata2 Semangat Buat Semua pejuang islam dipetik dari filem Sang Murabbi
Sabda Rasulullah S.A.W:
"Akan Sentiasa ada segolongan dari ummatku yang menegakkan kebenaran. Dan berjuang menentang musuh mereka, Barang siapa yang cuba menghampakan mereka, tidak sekali2 akan mendapat melukakan mereka mahupun oleh kesusahan yang menimpa mereka sehingga datang keputusan ALLAH, dan mereka akan tetap sedemikian. Maka para Sahabat bertanya: Wahai Rasulullah dimanakah mereka ini?. Sabda baginda mereka berada di Baitul Maqdis dan sekitar Baitul Maqdis."
Sabda Nabi Lagi dari Hadith Abu Daud, "Bahawa golongan ini akan tetap menegakkan kebenaran. Sehingga PEJUANG TERAKHIR diantara mereka akan berjuang menentang Al-Massih Ad-Dajjal!! Al-Massih Ad-Dajjal!!
ISRAEL TOLAK USUL GENCATAN SENJATA, TERUS BEDIL GAZA
BAITULMAQDIS: Pemimpin Israel semalam menolak satu gencatan senjata segera selama 48 jam yang dicadangkan Perancis.
Mereka memutuskan meneruskan serangan udara buat hari kelima ke atas sasaran militan Palestin di Jaluran Gaza.
Perdana Menteri Israel, Encik Ehud Olmert, malam kelmarin berunding dengan menteri luar dan menteri pertahanannya mengenai usul yang dikemukakan Menteri Luar Perancis, Encik Bernard Kouchner.
Mesyuarat berakhir dengan keputusan meneruskan operasi.
Israel menyifatkan sebagai tidak munasabah usul Perancis bagi satu gencatan senjata 48 jam dengan Hamas agar bantuan kemanusiaan dapat tiba di Jaluran Gaza.
(Bumi Palestin yang dibedil ISRAEL)
'Usul tersebut tidak mengandungi sebarang jaminan bahawa Hamas akan menghentikan serangan roket dan penyeludupan (senjata),' kata jurucakap Kementerian Luar Israel, Encik Yigal Palmor.
'Adalah tidak munasabah menjangka Israel melakukan genca
tan senjata sepihak tanpa satu mekanisme bagi menguatkuasakan tamatnya tembakan dan keganasan oleh Hamas,' tegas beliau.
Ekoran itu, Encik Kouchner semalam berkata beliau dan Presiden Perancis, Encik Nicolas Sarkozy, akan melawat Israel minggu depan sewaktu masyarakat dunia berusaha menamatkan pertempuran di Gaza, yang sejauh ini telah mengorbankan 380 ora
ng.
Encik Sarkozy dijangka bertemu Menteri Luar Israel, Cik Tzipi Livni, di Paris, hari ini.
(Semua melihat Bumiku berdarah, namun tiada yang mahu rasa bertanggungjwb, Bila Semua pihak menghindar, Biarlah saya menanggungnya, semua atau sebahagiannya...)
Presiden Palestin, Encik Mahmoud Abbas, pula dijangka menemui Perdana Menteri Turkey, Encik Recep Tayyip Erdogan, dan Raja Abdullah II dari Jordan untuk membincangkan gencatan senjata.
Israel sudah pun menghimpunkan askar dan kereta kebal di sepanjang Jaluran Gaza sebagai persiapan untuk melancarkan serangan darat jika gencatan senjata tidak dicapai.
Pemerintah Israel meluluskan rancangan memanggil 2,500 lagi askar kerahan selepas mengerahkan 6,700 askar awal minggu ini.
Semalam pesawat pejuang Israel melancarkan dua serangan di Jaluran Gaza termasuk terowong penyeldudupan di sempadan Mesir- Gaza. Menurut pegawai Palestin seorang pegawai perubatan terbunuh.
Militan Palestin turut meneruskan serangan roket ke atas Israel. Dua peluru berpandu gugur buat pertama kali di Beersheba, kira-kira 45 kilometer dari Gaza tetapi tiada korban jiwa. Sekitar 10 peratus penduduk Israel kini dalam jarak sasaran roket Hamas.
Seorang jurucakap Hamas berkata serangan roket militan hanya akan dihentikan jika Israel menamatkan sekatan ke atas Jaluran Gaza.
'Jika mereka hentikan pencerobohan dan sekatan, baru Hamas akan menimbang saranan mereka,' tegas Encik Mushir Masri.
Sementara itu di Teheran, kumpulan pelajar tegar Iran meminta pemerintah membenarkan sukarelawan berlepas untuk membantu rakyat Palestin memerangi Israel. Sejauh ini pemerintah Presiden Mahmoud Ahmadinejad belum memberi sebarang jawapan. -- Agensi.
Friday, January 2, 2009
Jemputan ke program "MALAM PERSADA KITA"...
Malam Mahabbah PPIK-UIAM 08/09
Majlis diteruskan dengan ucapan wakil PPIK Pusat dengan menyentuh elemen mengapa kita perlu berpersatuan. Lebih 25 jemputan telah hadir ke Majlis tersebut. Turut Hadir adalah Pimpinan Pkpim Pusat dan UIA.
Secara objektifnya, Malam Mahabbah PPIK ini diadakan bagi memperkenalkan PPIK kepada masyarakat kampus UIA khususnya yang berasal daripada Kelantan. PPIK atau Persatuan Pembimbing Pelajar Islam Kelantan wujud di kampus UIA bagi menghubungkan dan mengeratkan ukhuwah diantara ahli-ahlinya dalam memperjuangkan dakwah islamiyah.
Pepias Selaku Tuan Rumah di Bumi UIA ini telah di beri penghargaan sebagai diantara Persatuan Anak negeri yang paling aktif. Ini Diakui sendiri oleh Amir PKPIM UIA saudara Aziz. Beliau juga menyeru agar usaha dakwah ini diteruskan walau dibumi mana pun kita berada.
Majlis yang dianjurkan oleh PPIK ini di akhiri dengan persembahan Multimedia oleh PPIK dan PKPIM. Majlis berakhir tepat jam 10 malam.
P/S: Pepias Mengucapkan selamat meneruskan perjuangan kepada PPIK, Dengan keberadaan anda di persada dakwah ini, semoga dapat menyemarakkan lagi Dakwah di Malaysia ini amnya dan di Negeri Kelantan khasnya.
Sekitar PMG 08 Anjuran PEPIAS
Nyanyian Lagu Menara oleh Peserta
Sekitar Senaman Pagi PMG oleh abang Hariz
Tepuk PMG oleh Kak Ayu
UIA TEAM Trademark
TORONTO TEAM Trademark
UTM TEAM Trademark
USM TEAM Trademark
USIM TEAM Trademark
UNIMAS TEAM Trademark
UM TEAM Trademark
PMG 2008 in Memory....






