BAITULMAQDIS: Pemimpin Israel semalam menolak satu gencatan senjata segera selama 48 jam yang dicadangkan Perancis.
Mereka memutuskan meneruskan serangan udara buat hari kelima ke atas sasaran militan Palestin di Jaluran Gaza.
Perdana Menteri Israel, Encik Ehud Olmert, malam kelmarin berunding dengan menteri luar dan menteri pertahanannya mengenai usul yang dikemukakan Menteri Luar Perancis, Encik Bernard Kouchner.
Mesyuarat berakhir dengan keputusan meneruskan operasi.
Israel menyifatkan sebagai tidak munasabah usul Perancis bagi satu gencatan senjata 48 jam dengan Hamas agar bantuan kemanusiaan dapat tiba di Jaluran Gaza.
(Bumi Palestin yang dibedil ISRAEL)
'Usul tersebut tidak mengandungi sebarang jaminan bahawa Hamas akan menghentikan serangan roket dan penyeludupan (senjata),' kata jurucakap Kementerian Luar Israel, Encik Yigal Palmor.
'Adalah tidak munasabah menjangka Israel melakukan genca
tan senjata sepihak tanpa satu mekanisme bagi menguatkuasakan tamatnya tembakan dan keganasan oleh Hamas,' tegas beliau.
Ekoran itu, Encik Kouchner semalam berkata beliau dan Presiden Perancis, Encik Nicolas Sarkozy, akan melawat Israel minggu depan sewaktu masyarakat dunia berusaha menamatkan pertempuran di Gaza, yang sejauh ini telah mengorbankan 380 ora
ng.
Encik Sarkozy dijangka bertemu Menteri Luar Israel, Cik Tzipi Livni, di Paris, hari ini.
(Semua melihat Bumiku berdarah, namun tiada yang mahu rasa bertanggungjwb, Bila Semua pihak menghindar, Biarlah saya menanggungnya, semua atau sebahagiannya...)
Presiden Palestin, Encik Mahmoud Abbas, pula dijangka menemui Perdana Menteri Turkey, Encik Recep Tayyip Erdogan, dan Raja Abdullah II dari Jordan untuk membincangkan gencatan senjata.
Israel sudah pun menghimpunkan askar dan kereta kebal di sepanjang Jaluran Gaza sebagai persiapan untuk melancarkan serangan darat jika gencatan senjata tidak dicapai.
Pemerintah Israel meluluskan rancangan memanggil 2,500 lagi askar kerahan selepas mengerahkan 6,700 askar awal minggu ini.
Semalam pesawat pejuang Israel melancarkan dua serangan di Jaluran Gaza termasuk terowong penyeldudupan di sempadan Mesir- Gaza. Menurut pegawai Palestin seorang pegawai perubatan terbunuh.
Militan Palestin turut meneruskan serangan roket ke atas Israel. Dua peluru berpandu gugur buat pertama kali di Beersheba, kira-kira 45 kilometer dari Gaza tetapi tiada korban jiwa. Sekitar 10 peratus penduduk Israel kini dalam jarak sasaran roket Hamas.
Seorang jurucakap Hamas berkata serangan roket militan hanya akan dihentikan jika Israel menamatkan sekatan ke atas Jaluran Gaza.
'Jika mereka hentikan pencerobohan dan sekatan, baru Hamas akan menimbang saranan mereka,' tegas Encik Mushir Masri.
Sementara itu di Teheran, kumpulan pelajar tegar Iran meminta pemerintah membenarkan sukarelawan berlepas untuk membantu rakyat Palestin memerangi Israel. Sejauh ini pemerintah Presiden Mahmoud Ahmadinejad belum memberi sebarang jawapan. -- Agensi.
No comments:
Post a Comment