Friday, January 2, 2009

Malam Mahabbah PPIK-UIAM 08/09

1 Januari 2008, 8 malam, deligasi PEPIAS Gombak yang diketuai oleh YDP Mohd Razman bersama rakan-rakan telah menghadiri Malam Mahabbah PPIK yang bertempat di ADM Lr7. Malam Mahabbah ini telah dimulakan dengan sesi Ta'aruf dan diteruskan dengan ucapan YDP PPIK UIA iaitu saudara Izwan Abdullah.

Majlis diteruskan dengan ucapan wakil PPIK Pusat dengan menyentuh elemen mengapa kita perlu berpersatuan. Lebih 25 jemputan telah hadir ke Majlis tersebut. Turut Hadir adalah Pimpinan Pkpim Pusat dan UIA.

Secara objektifnya, Malam Mahabbah PPIK ini diadakan bagi memperkenalkan PPIK kepada masyarakat kampus UIA khususnya yang berasal daripada Kelantan. PPIK atau Persatuan Pembimbing Pelajar Islam Kelantan wujud di kampus UIA bagi menghubungkan dan mengeratkan ukhuwah diantara ahli-ahlinya dalam memperjuangkan dakwah islamiyah.

Pepias Selaku Tuan Rumah di Bumi UIA ini telah di beri penghargaan sebagai diantara Persatuan Anak negeri yang paling aktif. Ini Diakui sendiri oleh Amir PKPIM UIA saudara Aziz. Beliau juga menyeru agar usaha dakwah ini diteruskan walau dibumi mana pun kita berada.

Majlis yang dianjurkan oleh PPIK ini di akhiri dengan persembahan Multimedia oleh PPIK dan PKPIM. Majlis berakhir tepat jam 10 malam.

P/S: Pepias Mengucapkan selamat meneruskan perjuangan kepada PPIK, Dengan keberadaan anda di persada dakwah ini, semoga dapat menyemarakkan lagi Dakwah di Malaysia ini amnya dan di Negeri Kelantan khasnya.

No comments: