Tempat: Bumi Allah
Masa: Ketika jantung masih berdenyut
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Buat sahabat-sahabat yang dihormati Allah sekalian…
Sebelum warkah ini memulakan bicaranya… penulis ingin berada bersama-sama sahabat, untuk kita sama-sama menyelami peri bicara Al-Quran yang telah penulis rakamkan sebagaimana yang tercatat dibawah :
‘Kemudian apabila kamu membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada Allah’
(Ali-Imran : 159)
Saudara saudari sekalian,
Beberapa saat yang lepas kita telah digemparkan dengan pelbagai perkara yang melibatkan pelbagai perasaan, ada suka ada duka, ada tawa ada kecewa. Sorotan daripada Muktamar PEPIAS yang lepas khasnya, beberapa Hamba Allah telah membulatkan tekad untuk sama-sama berjuang di jalan Allah ini. Dengan penuh rasa kehambaan kepada yang Esa, Saff Pimpinan baru telah dibentuk. Bermula dari penulis sendiri yang bertanggungjawab keatas Panji Amanah yang diberikan, sehinggalah ke Ahli JawatanKuasa Biro yang menyedari hakikat dakwah ini.
Buat sahabat-sahabat sekalian
Cube sahabat-sahabat sekalian kenangkan kembali muktamar PEPIAS yang lepas. 3 Februari 2008 menjadi saksi kita sedar atau tidak telah membuat keputusan untuk meneruskan perjuang di jalan dakwah ini. Hari ini ayuh kita ingatkan kembali apakah tekad yang telah kita tanam itu telah terlaksana? Tentu sekali masih belum, kerana langkahan kita agak perlahan.
Firman Allah Ta’ala:
“Demi Masa, Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian”
(Al-Asr : 1-2)
Allah S.W.T telah bersumpah dengan masa ini sahabat sekalian, bahawa kebanyakkan dari kalangan kita telah lupa tentang tujuan masa yang telah Allah berikan. Sehingga Allah seawal-awalnya telah berfirman bahawa kita selalu berada di dalam kerugian. YA kita telah menggunakan masa kita untuk study, berehat bersama keluarga dan sebagainya…
Tetapi… Apakah perkara ini semua dapat menjamin amalan-amalan kita jika kita ditakdirkan meninggal esok? Apakah ketika akhir hayat Nabi Junjungan S.A.W kita, baginda merasa risau tentang isteri-isterinya? Atau tentang harta duniawi yang ditinggalkannya? Tidak sama sekali sahabatku, Baginda amat merisaukan tentang umatnya. Di sinilah perlu kita hayati bersama apakah mesej yang tersirat disebalik peristiwa kewafatan Nabi S.A.W khasnya buat para pejuang Islam sekalian.
Memang benar, Firman Allah yang bermaksud:
“Peliharalah dirimu dan Keluargamu daripada Api Neraka”
Ia sebenarnya perlulah bermula dari diri kita sendiri. Tetapi kita perlu sedar bahawa ummat Islam pada zaman ini tenggelam dengan pelbagai tipu daya yang telah diatur oleh mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab. Sehingga menyebabkan kita amat sukar untuk memelihara keluarga kita sendiri dari fitnah-fitnah atau musibah ini. Hiburan yang ditonjolkan oleh media-media tempatan, pada pandangan penulis telah melampaui batasan yang telah ditetapkan agama.
Maka bermula dari saat ini, kita perlu menjadi manusia yang lebih mempunyai kesedaran betapa pentingnya untuk sama-sama kita memanfaatkan masa yang sedikit ini untuk kita sama-sama bertekad menyemai dan menabur budi kepada masyarakat yang sebenarnya amat memerlukan bantuan pejuang-pejuang Islam dalam usaha menegakkan Makruf dan Mencegah Kemunggkaran.
Dengan itu, mari kita sama-sama rapatkan barisan, dengan membulatkan tekad untuk menjadi Khalifah Allah didalam muka bumi ini dalam usaha mencapai 1001 impian wadah Islam yang masih belum terlaksana. Semoga dengan usaha yang telah kita lakukan nanti dapatlah untuk kita merasai sebesar-besar kurniaan daripada Allah iaitu Syurga Nya yang Abadi itu. Dan dengan ini diucapkan terima kasih kepada Sahabat-sahabat sekalian membaca warkah ini. Semoga Allah membantu hambaNya yang menjadi Penolong Agama Allah.
والسلام
1 comment:
ramadhan mubarak, ramadham kareem. terdapat 2 jenis pemimpin yg diikut: 1)pemimpin yg diikut kerana ilmunya dan 2)pemimpin yg diikut kerana inspirasinya. menjadi pemimpin gerakan yg paling utama AKIDAH. perlu redho dgn ketentuan-Nya.Nabi kita bila ditunjukkan shbt2 tntang kelaparan mereka ketika perang khandak, nabi kita lah yg paling mengikat perut dgn batu. pengikut mengharap pd pemimpin. maka pemimpin tidak boleh lemah dan berserah. perlu jiwa kental dan bersemangt waja. jgn bnyk mengeluh dan menyalahkan org. andai kita menjadi cth tanpa bnyk membuka mulut nescaya makin hormat pengikut kpd kita. Itulah antara jalan2 yg boleh menyatukn kembali PEPIAS GOMBAK..
Post a Comment