PENGENALAN
PEPIAS atau Persatuan Kebajikan dan Pendidikan Islam Wilayah Persekutuan dan Selangor Darul Ehsan bergerak secara aktif disekitar Kuala Lumpur serta Selangor Darul Ehsan. Ahli persatuan ini terdiri dari kalangan kakitangan kerajaan, swasta serta pelajar-pelajar IPT yang telah berada dalam umur belia iaitu bermula dari umur 15 tahun.
Fokus utama PEPIAS ialah untuk melahirkan ahli yang sentiasa ingin berbakti kepada masyarakat melalui program kebajikan kemasyarakatan serta pendidikan khususnya pendidikan Islam. Sesuai dengan motto ‘Sedekad Menyemai Budi, Selamanya Menabur Bakti’, PEPIAS terus bergiat aktif sehingga ke hari ini tanpa mahu melihat ke belakang dan tidak mengharapkan balasan material atau keduniaan melainkan janji-janji dari Allah s.w.t.
PEPIAS sehingga kini berjaya menghasilkan ramai benih-benih subur yang apabila dicampak ke darat menjadi bukit, dicampak ke langit menjadi awan dan dicampak ke laut menjadi pulau. Mereka kini telah berada dalam institusi masyarakat, profesional, teknokrat serta pendidik dan mula membantu mempertingkatkan taraf hidup serta mengubah paradigma kehidupan setempat.
Sebagai ahli di dalam PEPIAS, mereka diberikan latihan menjadi aktivis masyarakat dengan program bercorak mengakar ke bumi seperti keluarga angkat, menggiatkan rakan masjid, program motivasi dan khemah ibadah di sekolah-sekolah, melawat rumah kebajikan dan asrama anak-anak yatim. Keahlian PEPIAS kini adalah seramai lebih dari 300 orang.
Semoga segala usaha murni ini mendapat keberkatan dari Allah s.w.t.
SEJARAH DAN SUMBANGAN PEPIAS baca lagi di persadapepias.blogspot.com
1 comment:
PEPIAS nie satu pertubuhan yang amat bagus bagi membentuk peminpin-pemimpin islam yang cemerlang daripada pelbagai aspek...gogogo chaiyokkk!!!!!
Post a Comment