Wednesday, July 16, 2008

Usrah Pembukaan PEPIAS Gombak 2008/2009

Assalamualaikum W.B.T
Dan Salam sejahtera kepada anda...


14 Julai 2008, Isnin malam selasa, telah berlansung Usrah Pembukaan Pepias Cawangan Gombak yang menggabungkan semua biro dan ahli Pepias Uia Gombak. Usrah kali pertama untuk pembukaan sem 1 2008/2009 ini, membincangkan kembali Buku "Apa erti saya Menganut ISLAM?" yang ditulis oleh Fathi Yakan. Diantara Intipati pengisiannya adalah:

Usrah membincangkan bahagian pertama dibawah tajuk "Saya mestilah Muslim Di sudut 'Aqidah"

1. Saya mestilah beriman bahawa pencipta alam ini adalah Allah, Tuhan yang Maha Bijaksana lagi Berkuasa, Maha Mengetahui serta tidak memerlukan pertolongan sesiapapun. Buktinya jelas pada kejadian alam ini yang penuh dengan keindahan, kerapian dan keseimbangan, saling
perlu memerlukan di antara juzuk dengan juzuk yang lain. Adalah mustahil semua kejadian ini akan kekal dan berterusan sekiranya tidak berada di bawah penjagaan Tuhan yang Maha Tinggi lagi Maha Kuasa.
Firman Allah s.w.t:

َلوْ كَا َ ن فِيهِمَا ءَالِهَةٌ إِلَّا اللَّهُ َلَفسَدَتَا فَسُبْحَا َ ن اللَّهِ رَبِّ الْعَرْشِ عَمَّا يَصُِفو َ ن

Kalau ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan yang lain dari Allah, nescaya rosaklah pentadbiran kedua-duanya. Maka (bertauhidlah kamu kepada Allah dengan menegaskan): Maha Suci Allah, Tuhan yang mempunyai Arasy, dari apa yang mereka sifatkan. (Surah Al-Anbiya' 21: Ayat 22)



2. Saya mestilah beriman bahawa Tuhan yang Maha Mulia tidaklah mencipta segala kejadian alam secara sia-sia tanpa apa-apa tujuan. Kerana mustahil bagi Allah yang bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan itu mencipta sesuatu secara sia-sia. Adalah mustahil seseorang itu dapat
memahami maksud tujuan Allah menjadikan sesuatu secara terperinci melainkan melalui penjelasan Rasulullah s.a.w dan wahyu dari Allah s.w.t sendiri. Firman Allah s.w.t:

َأَفحَسِبْتُمْ َأنَّمَا خََلقْنَا ُ كمْ عَبًَثا وََأنَّكُمْ إَِليْنَا َلا تُرْجَعُو َ ن( 115 )َفتَعَاَلى اللَّهُ الْمَلِكُ الْحَقُّ َلا إَِلهَ إِلَّا هُوَ
رَبُّ الْعَرْشِ الْ َ كرِيمِ

Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami? Maka (dengan yang demikian) Maha Tinggilah Allah Yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Tetap Benar; tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai Arasy yang mulia. (Surah Al-Mu'minun 23: Ayat 115-116)

3. Saya mestilah beriman bahawasanya Allah s.w.t telah mengutuskan Rasul-rasul dan diturunkan untuk mereka kitab-kitab dengan tujuan mengajar manusia supaya mengenali Allah dan memahami matlamat kejadian mereka, mengetahui asal-usul mereka dan ke mana mereka akan kembali. Saya juga beriman bahawa Rasul terakhir dari kalangan Rasulrasul yang mulia itu ialah Nabi Muhammad s.a.w yang Allah kurniakan kepadanya Al-Quran Al-Karim sebagai satu mukjizat yang berkekalan. Firman Allah s.w.t:

وََلَقدْ بَعَْثنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَسُوًلا َأنِ ُاعْبُدُوا اللَّهَ وَاجْتَنِبُوا الطَّا ُ غوتَ َفمِنْهُمْ مَنْ هَدَى اللَّهُ وَمِنْهُمْ
مَنْ حَقَّتْ عََليْهِ الضَّلَاَلةُ َفسِيرُوا فِي الَْأرْضِ فَانْ ُ ظرُوا َ كيْفَ كَا َ ن عَاقِبَةُ الْمُ َ كذِّبِينَ

Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah taghut. Maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayat petunjuk oIeh Allah dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan. Oleh itu mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan rasulrasulnya.
(Surah Al-Nahl 16: Ayat 36)

4. Saya mestilah beriman bahawa matlamat kewujudan insan ialah mengenali Allah 'Azzawajalla seperti mana yang Allah s.w.t sendiri menjelaskannya, memberi penuh ketaatan kepadaNya dan mengabdikan diri kepadaNya. Firman Allah s.w.t:

وَمَا خََلقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ( 56 )مَا ُأرِيدُ مِنْهُمْ مِنْ رِزْقٍ وَمَا ُأرِيدُ َأ ْ ن يُطْعِمُونِ( 57 )إِنَّ
اللَّهَ هُوَ الرَّزَّاقُ ُ ذو الْقُوَّةِ الْمَتِينُ


Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu. Sesungguhnya Allah Dialah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dialah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya.
(Surah Al-Zariyat 51: Ayat 56-58)

5. Saya mestilah beriman bahawa ganjaran bagi orang mukmin yang taat kepada Allah ialah syurga. Manakala balasan ke atas orang kafir lagi derhaka ialah api neraka. Allah menjelaskan:

فَرِيقٌ فِي الْجَنَّةِ وَفَرِيقٌ فِي السَّعِيرِ


"....sepuak masuk Syurga dan sepuak lagi masuk Neraka." (Surah Al-Syura 42: Ayat 7)

6. Saya mestilah beriman bahawa sekalian manusia melakukan kebaikan dan kejahatan dengan pilihan dan kehendak mereka sendiri. Namun demikian kebaikan yang dilakukan itu tidaklah berlaku, melainkan dengan taufik dan 'inayah dari Allah. Manakala amalan jahat pula tidaklah merupakan paksaan dari Allah tetapi ianya termasuk dalam batasan keizinan dan kehendakNya. Firman Allah s.w.t:

وَنَفْسٍ وَمَا سَوَّاهَا( 7)َفَأْلهَمَهَا ُفجُورَهَا وَتَقْوَاهَا( 8)َقدْ َأفَْلحَ مَنْ زَكَّاهَا( 9)وََقدْ خَابَ مَنْ
( دَسَّاهَا( 10


Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya); Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertakwa; Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih itu
susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat). (Surah al- Syams 91: Ayat 7-10)

Dan firman Allah s.w.t;

( كُلُّ نَفْسٍ بِمَا َ كسَبَتْ رَهِينَةٌ( 38


Tiap-tiap diri terikat, tidak terlepas daripada (balasan buruk bagi amal jahat) yang dikerjakannya. (Surah Al-Muddathir 74: Ayat 38).



7. Saya juga mestilah beriman bahawa urusan penciptaan undang-undang itu adalah hak mutlak Allah s.w.t. Tidak harus sama sekali manusia mendahului atau membelangkanginya. Apa yang dibolehkan ialah ilmuan Muslim atau para ulama' berijtihad mengeluarkan hukum-hukum
dari nas-nas Syari'at dalam batas-batas yang diizinkan. Firman Allah s.w.t:

وَمَا اخْتََل ْ فتُمْ فِيهِ مِنْ شَيْءٍ َفحُكْمُهُ إَِلى اللَّهِ َ ذلِكُمُ اللَّهُ رَبِّي عََليْهِ تَوَكَّلْتُ وَإَِليْهِ ُأنِيبُ

Dan (katakanlah wahai Muhammad kepada pengikut-pengikutmu): Apa jua perkara agama yang kamu berselisihan padanya maka hukum pemutusnya terserah kepada Allah; Hakim yang demikian kekuasaanNya ialah Allah Tuhanku; kepadaNyalah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku rujuk kembali (dalam segala keadaan). (Surah Al-Syura 42: Ayat 10)

8. Saya mestilah berusaha mengetahui nama-nama dan sifat-sifat Allah yang layak bagi kemuliaanNya. Abu Hurairah r.a berkata: Rasulullah s.a.w telah bersabda:

لِلَّهِ تِسْعَةٌ وَتِسْعُو َ ن اسْمًا مِاَئةٌ إِلَّا وَاحِدًا َلا يَحَْف ُ ظهَا َأحَدٌ إِلَّا دَخَ َ ل الْجَنََّة وَهُوَ وَتْرٌ يُحِبُّ الْوَتْرَ

"Allah s.w.t mempunyai sembilan puluh sembilan nama, kurang satu seratus. Sesiapa yang menghafaznya akan memasuki syurga. Allah itu ganjil (tunggal) dan menyukai (bilangan) yang ganjil." (Hadis riwayat Bukhari & Muslim)

http://www.pepiasgombak.blogspot.com/

No comments: