Monday, March 23, 2009

Bengkel Pengurusan PEPIAS 2009

(sekadar Hiasan)


Assalamualaikum dan sejahtera kepada pembaca-pembaca semua. Diharapkan Anda senantiasa dalam redha dan kasih sayang daripada Allah S.W.T.

Pada 21 dan 22 Mac baru-baru ini, Pepias dengan jayanya telah menganjurkan Bengkel pengurusan di Madrasah Al-Hidayah di syeksyen 11, Jalan Kompang 11/5 (huhu, ingat lagi) Shah Alam Selangor. Program ini telah dihadiri pimpinan dan ahli2 Pepias seluruh Malaysia daripada cawangan2 seperti: Gombak, Bangi, Pandan, Ampang, PJ, Shah Alam dan Banting (Adik2 TPG PMG). Kehadiran yang hampir mencecah bilangan 50 orang peserta ini telah dimulakan langkahnya dengan USRAH Pepias-Abim-Wadah, pada hari sabtu lepas yang bertempat di Bilik kuliah 12, Masjid Negeri, Shah Alam.

Usrah kali ini telah membincangkan tentang ayat daripada surah Yusuf. Perbincangan meliputi tafsiran mimpi Nabi Yusuf dan mimpi raja yang mana berlaku pada zaman Baginda dahulu. Sesuatu yang menarik untuk dikongsi juga adalah tentang keberadaan ahli2 pepias, Abim dan juga wadah disitu telah membawa kepada suatu perubahan suasana yang berlaku kepada usrah ketika itu. Tiga generasi, muda remaja(PEPIAS), Belia (Abim), Senior(Wadah) berkumpul bersama2 dibawah satu bumbung membanting satu fikrah yang sama, dengan matlamat yang sama walaupun pendekatan mungkin ada sedikit yang berbeza. Cuma terasa bilamana berada di Usrah tersebut, terasa seperti ada suatu energi baru yang muncul dan meresap dikalangn 3 generasi ini. mungkin bagi kita di Pepias, kita dapat melihat bagaimana semangat yang ditunjukkan oleh Abim dan wadah yang tetap terus menginfakkan diri demi membela agama, bangsa dan Tanah Air tercinta. sesuatu yang mengkagumkan, bila mana Pak Nik sendiri menyatakan Pencennya kita dengan kerja dakwah ini, adalah bila mana roh kita telah terpisah dengan jasad. dan disaat itulah berhentinya kerja2 dakwah kita.

Wow... Terasa menusuk hati bila Pak nik cakap camtu. Harapnye kita yang berada dalam Pepias ini akan dapat terus berusaha untuk istiqamah dijalan ini. Selepas selesai Usrah tersebut (9.15 Pagi-11.30pagi) Pepias meneruskan agendanya ke Madrasah Al-Hidayah syeksyen 11, Shah Alam. Disinilah telah berlansungnya Bengkel Pengurusan Pepias 2009.

Didalam bengkel ini, banyak input yg telah diperolehi, antaranya, tentang pengurusan dakwah (yang dibentg oleh Mantan S.U.A 99-02 saudara AnwarulHaq), pengurusan organisasi dan juga program. Kehadiran wak jam dan abang alwan juga telah membakar peserta2 bengkel ini untuk terus bersemangat menguruskan pepias sebaik mungkin.

Disini ingin mengucapkan tahniah kepada pihak penganjur (S.U.A) kerana telah berjaya menjalankan program ini. Secara peribadi saya merasakan bahawa langkah kita untuk menuju kearah Pepias Professional akan dapat berhasil. Yang penting, sokongan dan dokongan cawangan amat2 diperlukan dengan mempraktikkan dan menyampaikan apa yang telah dipelajari daripada bengkel ini.

semoga usaha kita diberkati Allah hendaknya.

Ops, sebelum tu, nak ucap terima kasih kerana kehadiran pepias gombak ke bengkel tersebut, seramai 8 orang terdiri drpd; Izzati, syifa', Fiqah, fatimah, Nana, razman, fawaz dan Acap. Semoga urusan kalian dimudahkan semuanya dengan kehendakNya. Amin...

Kepada semua Pimpinan dan Ahli Pepias Gombak, Selamat untuk menduduki Exam akan datang. Bleh contact sy or nana if free untuk kita arrange any prog akan datang.

Untuk Perhatian:

1) 28 Mac : Program sehari di Sek men Keb abdul jalil, hulu Langat PIC: Hazriq BLK Pusat
2) 27/28/29 : Program sekolah di Bukit Lagong PIC: Acap Gombak

tHANKZ Itu je.

wassalam (^_^)

Wednesday, March 18, 2009

Akhlaq Pengikut dan Pemimpin yang diredhoi Allah...

Sifat Dan Akhlak Yang Harus Dimiliki Oleh Setiap Pemimpin :

1. Senantiasa mengharapkan akhirat dengan ikhlas karena ALLAH semata.

2. Berdaya ingat kuat, bijak, cerdas, berpengalaman dan berwawasan luas, berpandangan jauh

ke depan dan tajam, mampu menganalisa berbagai persoalan dari segala segi dengan tepat
dan cepat. ( Q.S 3 : 200 )

3. Berperangai penyantun, kasih sayang, lemah lembut dan ramah.( Q.S 3 : 159 )

4. Bersahabat.( Q.S 5 : 54 )

5. Berani dan sportif, tidak pengecut dan membabi buta.( Q.S Al Fath : 29 )

6. Shidiq. ( Q.S Al Ahzab : 23 – 24 )

7. Tawadhu. ( Q.S Asyu’ara : 215 )

8. Memaafkan, menahan amarah dan berlaku ihsan.( Q. S 3 : 134 )

9. Menepati janji dan sumpah setia. ( Q.S Al Fath : 10 )

10. Sabar. ( Q. S 2: 153 )

11.‘Iffah ( kesucian jiwa ) dan kiram ( tidak mudah untuk tunduk kepada hawa nafsu dan yang
mengotori jiwa. ) Q. S Al Hasyr : 9.

12. Wara’ ( menjauhkan dari hal syubhat ) dan zuhud ( meninggalkan hal berbuat dosa ).

13. Adil dan jujur. ( Q.S 5 : 8 )

14. Tidak mengungkit – ungkit dan menyombongkan diri.

15. Memelihara hal – hal yang dimuliakan ALLAH. ( Q.S Al Hajj : 30 )

16. Berlapang dada dan tidak melayani pengumpat dan pengadu domba.

17. Tekad yang bulat, tawakkal dan yakin. ( Q.S Athalaq : 3 )

18. Sederhana dalam segala hal.
19. Bertahan dalam kebenaran dengan teguh dan pantang mundur.

20. Menjauhi sikap pesimistis dan over estimasi


Beberapa Keharusan Dan Perilaku Anggota(Yg dipimpin@pengikut) Yang Harus Ditegakkan :





1. Menjadi seorang mu’min yang teguh dan yakin terhadap amal jama’i dengan segala tuntutannya. ( Q.S Al Hajj : 77 – 78, Al Mu’minun : 115 – 116 )

2. Harus mengetahui secara mendalam segala ketentuan jama’ah.

3. Harus melengkapi diri dengan berbagai bidang kemampuan dan kelaikan agar menjadi tenaga yang efektif, kuat dan baik.

4. Menyerahkan hidupnya untuk berjuang karena ALLAH dan menegakkan kekuasaan agama ALLAH semata.

5. Keiltizamnya dengan arahan.

6. Beriltizam dengan pemahaman Islam yang benar dan menyeluruh yang menjadi landasan jama’ah.

7. Beriltizam dengan cara gerakan dan seluruh langkahnya sebagai mana yang telah ditentukan jama’ah untuk mewujudkan tujuannya yang agung.

8. Menjadi pelindung terpercaya terhadap tujuan jama’ah.

9. Harus berani menempatkan dirinya di barisan jihad fiisabilillah. ( Q.S 9 : 111, Al Ankabut : 6 )

10. Harus mengetahui martabat jihad.

11. Berkewajiban melatih diri agar mudah berkorban di jalan ALLAH. ( Q.S 9 : 120 – 121 )

12. Harus menyadari bahwa sesungguhnya dia ibarat berkedudukan di suatu daerah pertahanan yang strategis. ( Q.S Al Ahzab : 23 – 24 )

13. Ujian ( mihnah ) adalah sunnahtulloh dalam da’wah.

14. Pembela aqidah dan prajurit da’wah harus mengikhlaskan ketaatan dan kesetiaannya ( wala’ ) 1. kepada da’wah Islamiyyah dan melepaskan diri dari yang lain. ( Q.S Almumtahanah : 4 )

15. Berkewajiban menanam dan mempersubur benih cinta – mencintai persaudaraan sesama anggota. ( Q.S 9 : 71, 16 : 53 )

16. Membiasakan diri melaksanakan setiap perintah pimpinan jama’ah.

17. Memberikan kepercayaan penuh kepada pimpinan jama’ah.

18. Setiap anggota harus memiliki “ indera da’wah. ”

19. Memperhatikan pembentukan pribadi muslim yang spesifik dan mencintai kebenaran.

20. Menjauhi cara – cara parti politik yang jahat, kedaerahan, elitis dan yang bertentangan dengan adab Islam.

21. Anggota ibarat pengawal di sebuah benteng pertahanan.

22. Menjauhi segala tindakan yang mempersukar barisan di dalam amal Islami.

23. Wajib beriltizam dengan sikap adil dan sederhana, tidak keterlaluan dan tidak meremehkan.

24. Mempergiat makanisme saling nasihat – menasihati kepada kebenaran.

25. Perbaiki diri dan seru orang lain untuk berbuat baik.

26. Harus bersungguh – sunguh memperbaiki hubungan dan komunikasi dengan sesama aktivis.

27. Wajib menjaga waktunya dengan serius, berdisiplin, seluruh urusannya rapi, berguna untuk manusia, mampu berusaha, mujahid untuk dirinya, waspada terhadap godaan duniawi.

28. Harus memikirkan persoalan rumah tangga dan keluarganya.

29. Selalu menumbuhkan harapan di dalam hati keluarga dan saudara – saudaranya bahwa masa depan adalah untuk Islam.

30. Tidak boleh merasa pesimis dan putus asa ketika menderita kekalahan di medan jihad dalam menentang musuh. ( Q.S 3 : 139 – 142 dan 146 )

31. Harus menghiasi dirinya dengan seluruh akhlaq Islam dan menjauhi segala budi pekerti buruk dan sifat – sifat yang dilarang Islam.

Dari sye, Skop ini dilemparkan secara am kepada semua pembaca. Sesuaikan mengikut realiti keadaan gerakan kita. Bincangkan dalam usrah atu dengan kawan bagi mendalami maksud point2 ini. Tanyalah org yang berilmu jika tidak faham. Jangan ada benci. Eratkan kasih sayang. Bertegur-tegurlah kita dengan cara berhikmah dan beradab. Dan jadilah contoh teladan yang baik kepada semua.

Sumber rujukan drpd Kitab "Bainal Qiyadah Wal Jundiyah" Oleh : Syaikh Mushthafa Masyhur

Dimampatkan oleh,
YDP Gombak

Monday, March 16, 2009

PROGRAM FOLLOW UP LAKEP 2009


Salam ceria dan Assalamualaikum kepada semua sahabat sahabat sekalian... Hari silih berganti hari jejak anbiya' terus kita susuri...

Baru-baru ini pepias telah berwacana dengan lagunya tersendiri bilamana kembalinya mereka ke lapangan berjuang untuk agama bangsa dan tanah air tercinta. Baru shaja selepas seminggu berlatih di pangkalan semangat juang adik2 yang baru lepas lakep ini seharusnya diberi pujian. Usaha mereka harus dihargai, potensi mereka harus terus digilapkan.

Buat pengetahuan rakan2 semua, pada 13, 14 dan 15 Mac telah berlansung program kepimpinan dan jatidiri sekolah kebangsaan Al-kahfi klu tak silap. Program ini dijalankan di Kem BUKIT LAGONG selayang. Penyertaan dari kalangan peserta adalah daripada pelajar2 dari darjah 3 hingga 6 if not mistaken. Tapi nak diceritakan disini program ini telah diselenggara sepenuhnya oleh adik2 kita yang sgt hebat: diterajui oleh adik Hazriq dgn kekutan daripada peserta2 Lakep baru ini; Acap, Azrai(adik hazriq dicekau dari program di janda baik), adibah, miza matrik, syafiqah matrik, ila kuis dan syafiq matrik.

Sepanjang lawatan sye(razman) dan Azali ke program tersebut, kami fasi2 baru ini sangat komited dengan amanah dan tanggungjawab yang diberi. Seperti peribahasa, Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Berkat daya usaha adik2 ini, pepias kembali mencipta respon yang positif dari guru2 yang memberi komen kepada program ini. Alhamdulillah semoga Allah akan mengganjari kalian dengan syurganya yang abadi. Di sini saya menyeru kepada semua sahabat, marilah kita sama mengucapkan tahniah kepada mereka semoga adik2 ini akan adapat istiqamah dengan wadah ini.

Keberadaan kami(Azali dan saya) disitu tidak terlalu lama di Bukit Lagong, pada hari sabtu 14 Mac 2009 (Hari ke-2 program berlansung). Kami meneruskan langkah kami ke Majlis kenduri kakak kepada adik faezah kita(setiausaha pepias matrik) di sabak bernam di sekinchan selangor. berbekalkan spirit yang tinggi dan kancil kecik molek(gelaran yg diberi oleh dila kuis), langkah diperkuat menyahut seruan kaderisasi untuk melawati beliau dan mengimarahkan lagi majlis tersebut. Ketibaan kami telah disambut dengan baik sekali oleh faezah sekeluarga, doa kami semoga pengantin dan keluarganya dirahmati dan dilimpahkan barakah dari allah s.wt.

Masa berlalu dengan pantas, sekembalinya kami daripada sekinchan menerobos hujan dan hutan belantara dunia yang penuh fana ini, alhamdulillah, kami selamat tiba kembali ke Bukit Lagong melawat adik2 fasi yang sangat hebat disana. Ketibaan kami di sambut kembali seperti menatang minyak yang penuh, khabarnya mereka runsingkan dengan tentatif pada malam itu(ldk dan slot muhasabah). Resolusinya, kami (azali, sy, hazriq dan asyraf(selaku PC dan ketua fasi)) mengadakan diskusi membincangkan flow mlm tersebut. Semangat dan galakan kepada adik tersebut, Alhamdulillah mereka bertambah menjadi luar biasa hebat dan lebih bersedia untuk menghadapi malam yang pada mulanya dikhuatirkan.

TAHNIAH Kepada adik2 semua di BUKIT LAGONG. Buat pengetahuan sahabat semua, program pepias pada masa itu juga terdapat di samtaj shah alam khabarnya ada tamrin nuqaba'. apapun Perjuangan dan ketabahan semua yang hadir ke sana juga mendapat tempat dihati. Sekalung doa telah dirafa'kan sebagai peniup lonjakkan smangat2 du'at di sana.

Disini, ingin juga mengucapkan tahniah kepada Abg habib dan Kak habibah (kakak kepada khaulah dan dila kuis) yang telah sempurna mendirikan Masjid. semoga Allah melimpahkan barakah dan dipanjangkan umur hingga ke akhir hayat. Dan buat semua ahli pepias yang telah sampai seru akan berkahwin(ehemmm...) jgn tunggu lama-lama, nati lama2, dia diambil orang... hehe...

Ha, untuk makluman semua!!!! 28 hari bulan nanti akan berlansung program sehari di SMK Abdul Jalil, hulu langat(klu tak silap)..... kepada semua ahli pepias yang FREE time tu bleh la join n contact HAZRIQ BLK (0126496219)....

Dan akhir kata buat semua Ahli pepias GOMBAK dan seluruhnya, sya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan TAHNIAH!!! TERIMA KASIH!!! GUDLUCK!!! semoga saya tak merasa keseorangan memacu pepias gombak, dan ingatkan lah saya jika saya terlupa(general statement). May Allah Bless u All!!!!

Salam dari perantauan di UG (United Gombak)


Sekian Trimas
YDP.

Thursday, March 12, 2009

Teruskan Berjuang!!!




Assalamualaikum dan salam ceria kepada semua Teman PEPIAS UIA yang Hebat Belaka. Salam Rindu bertaut....


Sorotan Minggu Lepas... Pepias telah menganjurkan LAKEP di Kem Rebutia di Gombak... Program 3 hari 2 malam ini telah disertai oleh seramai 188 orang peserta bersama dengan 10 orang Committee program yg luar biasa hebat...


Walaupun program ini pada asalnya dianjurkan oleh Pepias Gombak untuk melatih fasi Matrik... Namun Survey Ke atas Kampus lain menunjukkan tanda positif tentang kehadiran yang diinginkan. Program ini pada Asalnya telah mencapai bilangan peserta 200 orang... namun penyertaan telah dihadkan atas sebab2 tertentu. Penglibatan semua kampus terhadap LAKEP ini menunjukkan keberansangan Ahli PEPIAS Di seluruh Cawangan dari sekitar Malaysia.


Walaupun berlaku sedikit kekurangan dari pengurusan program, Barisan Komiti LAKEP yang luar biasa hebat ini telah menunjukkan komitmen yang sgt hebat dalam meneruskan LAKEP 2009. Sekalung Penghargaan Buat Presiden Zulhelmi dan Saudara Bapul yang telah merestui LAKEP ini dijalankan. Semoga meeting pengurusan akan datang dapat membantu Ahli Pepias spt saya dan yang lain untuk menjadi lebih terurus dan professional. Teruskan Usaha S.U.A!!!


Kembali kepada topik Lakep ini, saya merasakan kekuatan kita telah menjadi sangat besar dan banyak. Justeru itu perlu ada tindakan untuk menyalurkan kepada saluran yang betul. Seharusnya PEPIAS perlu ada channel2 nya yang tersendiri. seperti: Program sek, Pengurusan, ekonomi, rekreasi dan sebagainya. Kerana sekarang kita dapat merasakan bahawa Ahli PEPIAS ini telah berbilang Channel. Saya tak rasa ade yang suka pergi prog sekolah sahaja. Banyak lagi yang perlu kita buat daripada yang kita pikir2 berulang tapi tak buat.


Hal ini telah saya bincang dengan saudara hazriq(Mantan pimpinan Kuis/BLK Pusat) ketika mana kami bertemu di Masjid Ansar Keramat. Saya merasakan bahawa betapa perlunya kita untuk melakukan Follow-up Kepada adik2 Lakep ini... Justeru saya telah terdengar idea dari beliau untuk membuat "PELAN GEGAR SEKOLAH" yang saya rasakan sangat perlu untuk kita lakukan sekarang dalam usaha merebut peluang cuti sekolah seminggu depan. (seminggu). Saya harap betullah ada cuti tu sebab saye pun tak pasti. Tapi nak diceritakan disini "Pelan gegar sekolah" itu sangat perlu dilaksanakan dalam usaha menghidupkan PROGRAM LAKEP.


Bagi saya sebagai pengarah Program, Program LAKEP yang terbaru ini, tidak dirasmikan penutupannya... saya beranggapan bahawa program LAKEP KITA masih lagi berjalan sampai ke saat ini. Justeru itu WAHAI SEMUA BLK2 pepias Bersatulah bersama dalam mengaktifkan para perajurit yang sedang dilatih saat ini... Even kita sendiri juga masih dalam proses Latihan menjadi DAI'e dan MURABBI(Penasihat) berjaya.


Pepias Gombak mengucapkan SaLAm PeRjUanGAN buat semua....


Maaf andai tersalah kata.

"Penerus Generasi HARAPAN Ummah"


YDP

PEPIAS GOMBAK