Monday, March 23, 2009

Bengkel Pengurusan PEPIAS 2009

(sekadar Hiasan)


Assalamualaikum dan sejahtera kepada pembaca-pembaca semua. Diharapkan Anda senantiasa dalam redha dan kasih sayang daripada Allah S.W.T.

Pada 21 dan 22 Mac baru-baru ini, Pepias dengan jayanya telah menganjurkan Bengkel pengurusan di Madrasah Al-Hidayah di syeksyen 11, Jalan Kompang 11/5 (huhu, ingat lagi) Shah Alam Selangor. Program ini telah dihadiri pimpinan dan ahli2 Pepias seluruh Malaysia daripada cawangan2 seperti: Gombak, Bangi, Pandan, Ampang, PJ, Shah Alam dan Banting (Adik2 TPG PMG). Kehadiran yang hampir mencecah bilangan 50 orang peserta ini telah dimulakan langkahnya dengan USRAH Pepias-Abim-Wadah, pada hari sabtu lepas yang bertempat di Bilik kuliah 12, Masjid Negeri, Shah Alam.

Usrah kali ini telah membincangkan tentang ayat daripada surah Yusuf. Perbincangan meliputi tafsiran mimpi Nabi Yusuf dan mimpi raja yang mana berlaku pada zaman Baginda dahulu. Sesuatu yang menarik untuk dikongsi juga adalah tentang keberadaan ahli2 pepias, Abim dan juga wadah disitu telah membawa kepada suatu perubahan suasana yang berlaku kepada usrah ketika itu. Tiga generasi, muda remaja(PEPIAS), Belia (Abim), Senior(Wadah) berkumpul bersama2 dibawah satu bumbung membanting satu fikrah yang sama, dengan matlamat yang sama walaupun pendekatan mungkin ada sedikit yang berbeza. Cuma terasa bilamana berada di Usrah tersebut, terasa seperti ada suatu energi baru yang muncul dan meresap dikalangn 3 generasi ini. mungkin bagi kita di Pepias, kita dapat melihat bagaimana semangat yang ditunjukkan oleh Abim dan wadah yang tetap terus menginfakkan diri demi membela agama, bangsa dan Tanah Air tercinta. sesuatu yang mengkagumkan, bila mana Pak Nik sendiri menyatakan Pencennya kita dengan kerja dakwah ini, adalah bila mana roh kita telah terpisah dengan jasad. dan disaat itulah berhentinya kerja2 dakwah kita.

Wow... Terasa menusuk hati bila Pak nik cakap camtu. Harapnye kita yang berada dalam Pepias ini akan dapat terus berusaha untuk istiqamah dijalan ini. Selepas selesai Usrah tersebut (9.15 Pagi-11.30pagi) Pepias meneruskan agendanya ke Madrasah Al-Hidayah syeksyen 11, Shah Alam. Disinilah telah berlansungnya Bengkel Pengurusan Pepias 2009.

Didalam bengkel ini, banyak input yg telah diperolehi, antaranya, tentang pengurusan dakwah (yang dibentg oleh Mantan S.U.A 99-02 saudara AnwarulHaq), pengurusan organisasi dan juga program. Kehadiran wak jam dan abang alwan juga telah membakar peserta2 bengkel ini untuk terus bersemangat menguruskan pepias sebaik mungkin.

Disini ingin mengucapkan tahniah kepada pihak penganjur (S.U.A) kerana telah berjaya menjalankan program ini. Secara peribadi saya merasakan bahawa langkah kita untuk menuju kearah Pepias Professional akan dapat berhasil. Yang penting, sokongan dan dokongan cawangan amat2 diperlukan dengan mempraktikkan dan menyampaikan apa yang telah dipelajari daripada bengkel ini.

semoga usaha kita diberkati Allah hendaknya.

Ops, sebelum tu, nak ucap terima kasih kerana kehadiran pepias gombak ke bengkel tersebut, seramai 8 orang terdiri drpd; Izzati, syifa', Fiqah, fatimah, Nana, razman, fawaz dan Acap. Semoga urusan kalian dimudahkan semuanya dengan kehendakNya. Amin...

Kepada semua Pimpinan dan Ahli Pepias Gombak, Selamat untuk menduduki Exam akan datang. Bleh contact sy or nana if free untuk kita arrange any prog akan datang.

Untuk Perhatian:

1) 28 Mac : Program sehari di Sek men Keb abdul jalil, hulu Langat PIC: Hazriq BLK Pusat
2) 27/28/29 : Program sekolah di Bukit Lagong PIC: Acap Gombak

tHANKZ Itu je.

wassalam (^_^)

2 comments:

Anak Cucu ADAM said...

abg, sy nk g prgm 27,28 dan 29 tu
kalo de kosong agy la
yg pic nye acap
ley ke?
bosan la xde wat pe
bg number acap
msj sy di 0175086339

Anonymous said...

bleh je... untuk dipertimbangkan... huhu... ACAP:0193654539... tanye die eh