Monday, March 16, 2009

PROGRAM FOLLOW UP LAKEP 2009


Salam ceria dan Assalamualaikum kepada semua sahabat sahabat sekalian... Hari silih berganti hari jejak anbiya' terus kita susuri...

Baru-baru ini pepias telah berwacana dengan lagunya tersendiri bilamana kembalinya mereka ke lapangan berjuang untuk agama bangsa dan tanah air tercinta. Baru shaja selepas seminggu berlatih di pangkalan semangat juang adik2 yang baru lepas lakep ini seharusnya diberi pujian. Usaha mereka harus dihargai, potensi mereka harus terus digilapkan.

Buat pengetahuan rakan2 semua, pada 13, 14 dan 15 Mac telah berlansung program kepimpinan dan jatidiri sekolah kebangsaan Al-kahfi klu tak silap. Program ini dijalankan di Kem BUKIT LAGONG selayang. Penyertaan dari kalangan peserta adalah daripada pelajar2 dari darjah 3 hingga 6 if not mistaken. Tapi nak diceritakan disini program ini telah diselenggara sepenuhnya oleh adik2 kita yang sgt hebat: diterajui oleh adik Hazriq dgn kekutan daripada peserta2 Lakep baru ini; Acap, Azrai(adik hazriq dicekau dari program di janda baik), adibah, miza matrik, syafiqah matrik, ila kuis dan syafiq matrik.

Sepanjang lawatan sye(razman) dan Azali ke program tersebut, kami fasi2 baru ini sangat komited dengan amanah dan tanggungjawab yang diberi. Seperti peribahasa, Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Berkat daya usaha adik2 ini, pepias kembali mencipta respon yang positif dari guru2 yang memberi komen kepada program ini. Alhamdulillah semoga Allah akan mengganjari kalian dengan syurganya yang abadi. Di sini saya menyeru kepada semua sahabat, marilah kita sama mengucapkan tahniah kepada mereka semoga adik2 ini akan adapat istiqamah dengan wadah ini.

Keberadaan kami(Azali dan saya) disitu tidak terlalu lama di Bukit Lagong, pada hari sabtu 14 Mac 2009 (Hari ke-2 program berlansung). Kami meneruskan langkah kami ke Majlis kenduri kakak kepada adik faezah kita(setiausaha pepias matrik) di sabak bernam di sekinchan selangor. berbekalkan spirit yang tinggi dan kancil kecik molek(gelaran yg diberi oleh dila kuis), langkah diperkuat menyahut seruan kaderisasi untuk melawati beliau dan mengimarahkan lagi majlis tersebut. Ketibaan kami telah disambut dengan baik sekali oleh faezah sekeluarga, doa kami semoga pengantin dan keluarganya dirahmati dan dilimpahkan barakah dari allah s.wt.

Masa berlalu dengan pantas, sekembalinya kami daripada sekinchan menerobos hujan dan hutan belantara dunia yang penuh fana ini, alhamdulillah, kami selamat tiba kembali ke Bukit Lagong melawat adik2 fasi yang sangat hebat disana. Ketibaan kami di sambut kembali seperti menatang minyak yang penuh, khabarnya mereka runsingkan dengan tentatif pada malam itu(ldk dan slot muhasabah). Resolusinya, kami (azali, sy, hazriq dan asyraf(selaku PC dan ketua fasi)) mengadakan diskusi membincangkan flow mlm tersebut. Semangat dan galakan kepada adik tersebut, Alhamdulillah mereka bertambah menjadi luar biasa hebat dan lebih bersedia untuk menghadapi malam yang pada mulanya dikhuatirkan.

TAHNIAH Kepada adik2 semua di BUKIT LAGONG. Buat pengetahuan sahabat semua, program pepias pada masa itu juga terdapat di samtaj shah alam khabarnya ada tamrin nuqaba'. apapun Perjuangan dan ketabahan semua yang hadir ke sana juga mendapat tempat dihati. Sekalung doa telah dirafa'kan sebagai peniup lonjakkan smangat2 du'at di sana.

Disini, ingin juga mengucapkan tahniah kepada Abg habib dan Kak habibah (kakak kepada khaulah dan dila kuis) yang telah sempurna mendirikan Masjid. semoga Allah melimpahkan barakah dan dipanjangkan umur hingga ke akhir hayat. Dan buat semua ahli pepias yang telah sampai seru akan berkahwin(ehemmm...) jgn tunggu lama-lama, nati lama2, dia diambil orang... hehe...

Ha, untuk makluman semua!!!! 28 hari bulan nanti akan berlansung program sehari di SMK Abdul Jalil, hulu langat(klu tak silap)..... kepada semua ahli pepias yang FREE time tu bleh la join n contact HAZRIQ BLK (0126496219)....

Dan akhir kata buat semua Ahli pepias GOMBAK dan seluruhnya, sya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan TAHNIAH!!! TERIMA KASIH!!! GUDLUCK!!! semoga saya tak merasa keseorangan memacu pepias gombak, dan ingatkan lah saya jika saya terlupa(general statement). May Allah Bless u All!!!!

Salam dari perantauan di UG (United Gombak)


Sekian Trimas
YDP.

1 comment:

Anak Cucu ADAM said...

tahniah buat semua
tak ajak kite pun erk
huhu

bgus2
da ramai fasi hebat2
saya je xhebat agy

tu la abg man
xnk ajar sy
huhu
nak gak hebat cm dyorang
huhu

bgus2
pasni kene la jaga hati dyorang