Salam ceria kepada semua pembaca setia blog ini... diharapkan anda sihat sejahtera. InsyaAllah ana nak kongsi sedikit apa yang ana dan sahabat2 pepias lain dapat daripa Tamrin Qiyadi ABIM GOMBAK yang lepas. Sesungguhnya pengisian yang diterapkan telah mencakupi pelbagai aspek... sudilah ana untuk kita sama2 kembali muraja'ah atau ulangkaji apa yang telah kita pelajari.
Untuk kali ini ana nak kongsi some part tentang tarbiyah skill yang ana dan sahabat2 program dapat daripada pengisian tentang Dakwah dilapangan. Sesungguh pengisian ini amat bernilai dan sangat bermakna bagi ana dan sahabat2 semua.
Sebelum tu sahabat2 fahamke tarbiyah tu ape...? die agak2 bende ke? ke spesis makhluk halus atau die macam donat yang sedap dimakan?
ha? Bukan? habis tu macam ape? huhu....
Dah tentu BUKAN kan...? Alhamdulillah ada yang tahu... tapi kepada yang tak tahu Tarbiyah ni proses atau perbuatan mendidik dan mengajar... menanamkan keinsafan, semangat, ilmu dan dan yang sewaktu dengannya. itu serba sedikit tentang definisi tarbiyah. Kalau nak mendalam lagi leh bace kat link ni www.scribd.com/doc/10283332/
So, sebagaimana yang kita tahu setiap perkara yang kita pasti ada cara nya. Cara itu mungkin berkesan dan mungkin juga tidak... Jadi pemahaman kita terhadap mad'u harus kene dengan caranya, agar tarbiyah yang diberi adalah berkesan. lantas menjadikan kita sebagai seseorang yang benar2 serius dalam melakukan sesuatu. Semoga Allah akan memberi petunjuk kepada yang nak ditarbiyah (diapproach)
Sebenarnya maybe ramai yang rasa perkataan tarbiyah tu berat or tinggi sangatkan... so tukarlah kepada bagaimana cara untuk approach mad'u2 yang bermacam macam ragam.
tak kesahlah ape pun istilahnya tapi yang penting tahu dan faham caranya.
Contoh biasa, kita akan melihat kadang2 budak2 suke lepak sorang2, or hisap gam, merempit, berdua-duaan di taman2 atau sebagainya....
Pertama sekali... kita perlu tahu apa yang kita buat dengan faham caranya. jangan main sergah je... bahaye... takut mission failed. ikhlaskan niat kerana Allah...
Nampak je target terus pergi terjah... biasa klu couple... kne ade team lelaki n perempuanlah... jgn plak lelaki approach pempuan... so pempuan jgk main peranan penting kalau yang nak diterjah tu adalah couple. lelaki terjah lelaki, pempuan terjah pempuan.
1) Dapat je mad'u terus bagi salam.... (berjabat tangan) lemparkan senyumman dengan seikhlasnya agar mission mampu accomplish... sesungguhnya dengan bermula berjabat tangan anda telah mengalirkan satu arus hubungan baik terhadap mad'u yang nak di didik. Percaya dan yakin dengan Allah adalah ubat dan penawar jika anda gugup dan takut. Tanamkan rasa kasih sayang dan ukhuwah yang terbina pada jalinan salam dan senyumdan kata-kata anda.
2) Terus peluk mad'u itu macam salam jama'ie.... peluk ke kiri and kanan. Make sure!!! Tangan kanan and yang sedang menggenggam tangannya jangan dilepaskan...
3) Setelah itu ajak mad'u itu kembali duduk... dan mulakan ucapan dengan kata2 yang mampu untuk linkkan kita dengan die contoh tanya khabar... atau bertanya sesuatu yang realistik dengan situasi. Seperti tak panas ke duduk bawah panas terik and sebagainya lah. pada fasa duduk ini, kalau anda disebelah kiri mad'u, tangan kiri anda adalah memegang tangan kiri mad'u dan tangan kanan anda adalah mencapai bahu kanannya. pada saat ini mulakanlah terus langkah tarbiyah seterusnya dengan memahamkan bahawa die telah melakukan kesilapan. dengan lembut dan ayat yang mantop ucapkan kepadanya agar dia mampu sedar atas perbuatannya.
4) Ingat... cakaplah dengan nada yang baik, dengan ayat2 yang penuh berhikmah. Cakaplah dari hati agar sampai ke hati. Sentuhlah perbualan anda dengan self spot yang bermacam macam seperti tentang Allah, ibubapa, dosa dan sebagainya... untuk mad'u yang anda fikir seperti susah untuk ditarbiyah.... buangkan fkir anda seperti jauh2 pada saat ini, ingatlah bahawa setiap manusia itu mampu berubah dengan usaha kita yang kuat melalui hidayah daripada Allah. Percayakanlah mad'u tersebut dengan kalimah hak dan tauhid agar dia mapu menyesali perbuatannya.
5) untuk pasangan couple... Pastikan klau bleh,grup anda ada lelaki dan pempuan. jika terjumpa, maka terus terjah dengan mendekati terus ke arah mad'u lelaki dan terus salam dan menolak dengan elok dan perlahan kebelakang mad'u lelaki seterusnya melakukan seperti diatas. bagi pempuan, setelah dileraikan, grup pempuan bleh terus approach mad'u pempuan dengan cara 1-4.
Begitulah serba sedikit tentang cara approach dan tarbiyah yang telah dipelajari dari tamrin abim gombak baru2 ini. Terima kasih kepada ustaz halim yang telah banyak memberi pendedahan yang sangat bermanfaat kepada kami. semoga usaha dan ilmu yang diberi dapat memberi manfaat kepada kita semua.
Tahniah juga kepada ABIM GOMBAK atas penganjuran program seperti ini. semoga segala penat lelah ini mendapat keberkatan dari Yang Maha Satu.
(Gambar2 diatas adalah demo yang telah ditunjukkan oleh ustaz halim dengan kerjasama lokman, pepias PJ, dan semoga penulisan ini dapat membantu para dai'e aagar lebih terus bermotivasi mengharungi ranjau dakwah yang kita lalui.)
No comments:
Post a Comment