Tuesday, May 26, 2009

Usrah Short Sem Pertama

Salam dan apa khabar kepada semua yang dikasihi. Sahabat sahabat, dan adik2 pepias semua diucapkan semoga sihat wal'afiah hendaknya.

Agenda: Usrah Pepias Gombak
Tarikh: 19 Jun 2009
Tempat: Admin LR 14

Sebagaimana yang termaktub, pepias gombak telahpun mengadakan usrahnya yg pertama dengan dihadiri oleh sahabat2 dan adik2 pepias UIAM dan sekitarnya. Usrah pada kali ini telah membincangkan tentang beberapa perkara yang meliputi aspek Tafsir, Tawheed, dan Fiqh Contemporary.

Sesi Usrah dimulakan dengan pembentangan dari Saudari Fatimah Az-zahrah dalam bab Tawheed. Secara ringkasnya, Pembentangan meliputi aspek pemahaman tentang konsep tawheed, sinonimismenya dengan seharian hidup kita dan juga aplikasi kedalam aktiviti harian kita. Beliau juga telah membentangkan tentang tafsiran secara mendalan surah Al-Ikhlas yang membawa kepada pemahaman secara jelas dengan penggunaan perkataan didalam surah tersebut. Masalan, "Esa" atau ahad. Secara harifiahnya... ESA ini adalah satu perkataan yang sangat khusus dalm memahamkan tentang sifat Allah yang tidak beranak dan diperanakkan. Jika diperincikan, mengapa tidak digunakan sahaja perkataan satu... contoh... "Katakanlah bahawa Allah itu Satu"?.... Secara linguistiknya dan relitinya.... Pemahaman manusia kepada satu ini membawa kepada Dalam fahaman dalam aspek penomboran... jika kita tulis satu... maka secara kita fahami... selepasnya akan bersambung dengan 2, 3, 4 dan seterusnya. Tetapi.... Satu tidak digunakan dalam ayat pertama surah Al-Ikhlas ini... tetapi terus menggunakan perkataan yg khusus iaitu "ESA"... Begitulah serba sedikit tentang pembentangan dari Fatimah, so rugilah pada yang tak datang usrah lepas... hehe

Pembentangan ini membawa kepada perbahasan tentang implimentasi Konsep Tauheed dalm kehidupan. Abg Zul, Mantan bendahari menyatakan bahawa jiwa muda remaja pada hari ini telah terseleweng, bila mana pihak2 yang tidak bertanggungjawab telah menjadi Hiburan sebagai satu elemen yang terbesar dalam hidup. Ini dapat dilihat pada media2 pada masa kini yang ingin mengaut keuntungan berlipat ganda tanpa memikirkan kesan disebalik tindakan mereka. Akibat kurang fahaman agama, jiwa dan raga kita telah menjadikan HIBURAN itu sebagai Tuhan dihati dan anggota kita. Tanpa kita sedari, kita sedang membina generasi yang bakal memusnahkan agama, bangsa dan negara.... fuh...

Seterusnya, perbentangan fiqh Aulawiyat oleh abg yassir. Perbincangan telah mengkhatamkan aspek keutamaan Pemahaman daripada penghafalan. Perbincangan berjalan dengan sempurna walaupun terdapat persoalan yang ditimbulkan, namun telah dijawab dengan baik.

Dan yang terakhir, Tafsir Quran yang membentangkan pemahaman ayat Quran yang menyeru manusia kepada besegera mendapat keampunan daripada Allah. Ingatlah bahawa ajal kita terletak pada yang ESA. Senantiasalah bersiap siaga diamana pun kita berada.

Sesi Usrah berakhir jam 10.40pm

Kepada yang telah menghadiri Usrah ketahuilah bahwa anda berada pada landasan yang kita sama2 cuba bina. Ingatlah, "sekecil-kecil perkara yang kita lakukan hari ini, akan kita hargai betapa besarnya ia pada masa akan datang, Percayalah!!


Biro Kebajikan dan Kerohanian
PEPIAS GOMBAK

No comments: