PENGAJARAN dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) kini menjadi taruhan dua pihak yang akan membuat keputusan - hendak dihapuskan, atau hendak diteruskan.
Fenomena kias dan pulas PPSMI kedengaran di bilik guru, dewan Parlimen, kedai-kedai kopi, bilik editorial malah di bilik tidur.
Jadi isu PPSMI sebenarnya ialah isu rakyat dan sangat penting - walau tidak sepenting memilih pemimpin politik.
Jadi, ke mana arah dan tujuan PPSMI sebenarnya? Ke barat, timur, selatan atau utara.
PPSMI bukan minda atau peninggalan penjajahan sepertimana perkataan atau nama mat salleh pada papan tanda jalan atau bangunan-bangunan kolonial.
Pada penulis, PPSMI ialah peninggalan sekelompok intelektual Melayu pasca penjajahan yang mahu melihat dinamisme berlaku dalam gelanggang pendidikan di Malaysia, supaya saksama dan menang-menang.
Tetapi, dek kuatnya badai dan takdir politik, maka PPSMI dipertaruhkan buat sekian kalinya.
PPSMI ialah roh, sementara perkakasan seperti komputer riba atau projektor multimedia ialah jasad.
Roh dan jasad ini ada matlamat dan peranan yang sama ketika PPSMI mula diura-urakan supaya ada kesejahteraan dalam sistem pendidikan itu.
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Bermacam-macam aduan guru kedengaran sejak PPSMI dilaksanakan. Hal itu belum mengambil kira keresahan ibu bapa.
Murid-murid yagn akan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) juga berasa bimbang dengan kemampuan mereka menjawab soalan - khususnya kelompok soalan berkaitan kemahiran proses sains.
Jadi, sepertimana pengalaman silam - sepertimana sekolah bestari, pelaksaan buku digital dan yang seangkatan dengannnya - maka diharap tidaklah dihapuskan terus PPSMI.
Mungkin Kementerian Pelajaran sudah ada Plan B untuk meneruskan PPSMI supaya boleh diterima oleh semua pihak.
PPSMI ialah satu pendekatan baru yang boleh difikirkan kebaikannya, atau perlu satu penjenamaan semula supaya semua orang suka kepadanya.
P/s : Isu yang masih belum dapat jua tanda2 penyelesaian... Utusan news membakar hati anak-anak Malaysia yang cintakan BAHASA MELAYU dengan membawa berita sokongan dan dokongan kepada PPSMI. Pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris adalah sama sekali menyulitkan kemajuan anak bangsa Melayu kerana kesukaran untuk memahaminya... kelansungan dari itu, ditegaskan disini... Pengajaran yang dilakukan oleh guru2 sekolah juga tetap mencintai untuk menggunakan bahasa malaysia dalam usaha memahamkan murid sekolah yang terkapai-kapai dalam usaha untuk memahami bahasa inggeris itu sendiri. Hal ini adalah disebabkan SAINS dan MATEMATIK adalah 2 teras pelajaran asa yang SANGAT2 penting dalam kehidupan... Jika hal menyulitkan disulitkan lagi... wargh....!!!! amat sulit jadinya nanti!!!!!
Dengan ini PEPIAS GOMBAK bersama MENENTANG PPSMI demi Agama, Bangsa dan Tanah Air tercinta. ALLAHUAKBAR!!!!
No comments:
Post a Comment