(BANDAR Rafah di selatan Gaza dihujani bom ketika serangan Israel masuk hari ke-18 SEMALAM(13 Jan 2009). Gambar merakam beberapa letupan BANDAR Rafah di selatan Gaza dihujani bom ketika serangan Israel masuk hari ke-18 semalam. Gambar merakam beberapa letupan di masjid dan tempat awam berikutan serangan udara tentera Zionis.di masjid dan tempat awam berikutan serangan udara tentera Zionis.)
Israel yang pada masa kini dilabel sebagai samseng dunia, dengan sesuka hati melakukan pembunuhan disana sini. Di Ghazza, hari ini telah masuk hari ke-19 serangan Israel terhadap Ghazza. Jika terbaca akhbar hari ini... Di Geneva, PBB dan badan hak asasi katanya mahu rejim israel ini disiasat kerana melakukan jenayah perang antarabangsa atas tindak tanduk ZALIM tentera-tentera yahudi ini.
(Tentera Israel dengan Penuh Bongkak dan Tiada simpati terus Membantai bandar Ghazza. serangan mengakibatkan RAMAI saudara Islam kita telah TERBUNUH)
"Sumber kanan PBB berkata, agensi kemanusiaan badan dunia itu sedang mengumpulkan bukti jenayah perang dan akan diserahkan kepada 'peringkat tertinggi' untuk digunakan pada masa yang sesuai. Beberapa aktivis hak asasi mendakwa kepemimpinan Israel mengeluarkan arahan untuk memastikan kemalangan jiwa pihak tentera berada pada tahap paling rendah tanpa mengambil kira nasib penduduk awam. "Strategi itu secara langsung menyumbang kepada serangan paling dahsyat pernah dilakukan rejim Israel di wilayah Palestin" kata mereka." - (Sumber Berita Harian)
(Serangan yang tidak berperi kemanusiaan oleh Tentera Israel)
Tentera Israel dituduh:
- Menggunakan bom berkuasa tinggi di kawasan penduduk awam dengan kesedaran bahawa ia akan menyebabkan kemalangan jiwa yang tinggi.
- Menggunakan senjata yang diharamkan seperti bom fosforus.
- Menahan keluarga Palestin untuk dijadikan perisai manusia.
- Menyerang pasukan perubatan termasuk kematian 12 pekerja ambulans di dalam kenderaan rasmi.
- Membunuh sejumlah besar polis yang tidak mempunyai peranan tentera
Ketua agensi PBB bagi pelarian Palestin di Gaza, John Ging, berkata ia adalah mengenai keperluan untuk bertanggungjawab, tindakan tidak wajar dan keterlaluan yang diambil tentera selain isu tanggungjawab keseluruhan mengenai terhadap orang awam. "Kami tidak menyebelahi mana-mana pihak untuk membuat pengadilan tetapi penyiasatan terhadap setiap insiden perlu dilakukan untuk mengetahui tindakan yang dilakukan mengingkari undang-undang antarabangsa," katanya.
Tindakan tentera Israel mencetuskan kemarahan luar biasa Palang Merah Antarabangsa selepas askar mengarahkan sebuah keluarga Palestin memasuki bangunan dan mengebomnya, menyebabkan 30 orang terbunuh. Kanak-kanak yang terselamat berpaut pada mayat ibu mereka selama empat hari selepas tentera menghalang mereka daripada diselamatkan. Israel melancarkan serangan ke atas Gaza yang mempunyai 1.5 juta penduduk dengan alasan untuk membalas serangan roket Hamas ke kawasan didiami penduduk Yahudi secara haram. -(Sumber Agensi)
Apa yang dapat kita bantu wahai saudaraku?
1. Sekiranya anda seorang guru, ustaz, penceramah, rakan-rakan yang sedar dan cintakan saudara seIslam serta al Aqsa, sampaikanlah kepada mereka akan kepentingan Palestin, Masjidil Aqsa serta semaikan di jiwa mereka kisah pahlawan Islam dan penderitaan saudara kita di sana. Sesungguhnya kita ini disatukan dengan kalimah La ila ha illaLLah.
2. Sekiranya anda berkemampuan dari segi kewangan maka bolehlah menderma kepada Global Peace Mission ABIM.
3. Sampaikan berita-berita terkini mengenai palestin dan umat Islam di negara lain melalui emel, YahooGroup, sms, mms, majalah dan sebagainya sebagai medium penyampaian untuk memberi kesedaran kepada umat Islam dan rakyat Malaysia umumnya tentang penderitan rakyat Palestin.
4. Anda boleh berusaha untuk memboikot barangan atau pengeluar yang membantu Israel membangunkan ekonomi dan membunuh umat Islam di Palestin. Contoh barangan seperti Calvin Klien, Carrefour, Coca Cola, Danone, Clinique, dan banyak lagi…
5. Sekiranya anda seorang penulis, wartawan, kolumnis, atau seorang yang mempunyai kesedaran tentang pentingnya menyelamatkan tanah Palestin, al Aqsa dan umat Islam silalah untuk menulis surat, menulis artikel, petisyen. Mudah-mudahan dengan usaha ini, ada di antara mereka yang berautoriti dan benar-benar sayangkan Islam akan memanjangkannya kepada pihak atasan, kedutaaan dan lebih dari itu OIC.
6. Sekiranya anda seorang penulis blog, admin laman web, pereka grafik yang kreatif membuat widget bolehlah memaparkannya di blog dan web masing-masing. Disarankan juga untuk memakai baju 'bebaskan palestin' contohnya.7. Jangan lupa untuk mendoakan mereka di Palestin, juga umat Islam di seluruh dunia juga kepada pejuang-pejuang Islam yang sedang berjuang di negara masing-masing.Mudah-mudahan dengan usaha kecil kita ini dapat meringankan beban penderitaan umat Islam di Palestin. Dan ALlah memandang kita sebagai Muslimin yang telah berusaha untuk membantu saudara-saudaranya..
(Sumber dari tokzam.blogspot.com)
Dan Cadangan saya sendiri.... untuk kita Terus berdoa dengan terus yakin bahawa Allah akan membantu mereka kelak....
Dan Juga, Tunjukkan rasa bantahan kita dengan menyertai demonstrasi terhadap keZALIMAN israel dan sekutunya.
No comments:
Post a Comment